Sunday, February 7, 2010

Aasil Kazi Boleh Bantu Siasatan 'Kehilangan' Raja Petra ?

Adakah mereka juga cuba mengaitkan DSAI dengan kehilangan Raja Petra??

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendedahkan seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) berketurunan Pakistan mampu membantu polis mengesan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK).

Beliau mendakwa, lelaki terbabit, dipercayai secara berterusan masih berhubung dengan Raja Petra yang kini melarikan diri ke luar negara.

Dakwanya, Aasil juga pernah beberapa kali dilihat di Malaysia dan bertugas dengan sebuah organisasi tempatan sejak tahun 2004.

Dalam pada itu dakwa Anuar, Raja Petra merupakan seorang individu yang pakar menggunakan kelebihan media serta memanipulasi minda masyarakat untuk mempercayai sesuatu isu tanpa fakta dan asas kukuh.

Carian oleh Mingguan Malaysia di Internet mendapati Aasil pernah bertugas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan gambar tanda namanya yang tertera logo parti itu dan pernah bergambar dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan mStar Online telah melaporkan..

Aasil Kazi Boleh Bantu Siasatan 'Kehilangan' Raja Petra - Anuar Shaari

Oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA:Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, hari ini menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad baru-baru ini, berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dalang yang menajanya.

Dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, individu tersebut mempunyai personaliti yang sama seperti Raja Petra iaitu bijak memutar belit isu.

Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Raja Petra yang cekap mengendalikan media tidak mungkin 'tunduk' atau mengikut telunjuk individu yang lebih lemah daripadanya dalam aspek kepakaran mencipta kontroversi."

Menurut Anuar dalam sebuah kenyataan media hari ini, beliau amat menyokong kenyataan Abdul Latif seperti yang disiarkan dalam akhbar tersebut berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin.

"Ramai antara kita mengakui bahawa Raja Petra Kamarudin adalah seorang 'media genius'.

"Sebagai seorang yang mempunyai kepakaran ini, RPK amat berkebolehan memanipulasi minda masyarakat untuk mempercayai sesuatu isu walaupun isu yang dikemukakan beliau tidak mempunyai fakta dan asas yang kukuh," kata Anuar.

Jelasnya lagi, RPK dan beberapa orang rakan beliau, mempunyai 'kepakaran' ini bagi mengheret dan mengelirukan rakyat Malaysia dengan isu-isu tempatan tanpa dokongan bukti yang kukuh.

"Antaranya ialah Aasil Kazi Ahmad, seorang 'media strategist'. Beliau adalah seorang Pakistan yang memegang paspot Amerika Syarikat.

"Saya difahamkan Aasil Kazi Ahmad, memang mengetahui banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra. Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," kata Anuar.


mStar Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails