Tuesday, February 2, 2010

Sepina Rosmah dan Najib ke Mahkamah.

Adakah mahkamah akan memanggil Rosmah dan Najib Mahkamah?Beranikah Rosmah dan Najib hadir ke Mahkamah?

Atau mereka berdua, Rosmah dan Najib akan memberikan jawapan "Maaf saya sibuk dengan urusan pentadbran negara".


Rosmah pun akan sibuk dengan urusan negara..





Kes liwat: Anwar mahu sepina Najib, isterinya

KUALA LUMPUR, Feb 2 — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes liwat kedua beliau yang dijadual bermula hari ini tetapi ditangguhkan sehingga petang.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, dengan kira-kira 250 penyokongnya melaungkan “keadilan untuk Malaysia, keadilan untuk Anwar”, Anwar berkata kehadiran begitu ramai staf kedutaan asing menunjukkan “minat, keprihatinan dan perasaan meluat” mereka dengan kes terbaru ini.

Perbicaraan Anwar dilihat sebagai cabaran politik yang besar kepada Najib yang sedang bekerja keras untuk memantapkan semula Barisan Nasional selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga 2.30 petang ini.

Kata Anwar, pasukan peguamnnya ingin mengeluarkan sepina terhadap Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa mereka terlibat dalam konspirasi untuk mengembalikan beliau ke penjara.

Terdahulu Anwar yang tiba di pekarangan mahkamah bersama dua anak perempuannya dan isteri beliau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberitahu wartawan bahawa pendakwa raya terlibat dalam “komplot kotor beberapa orang”.

Kerajaan menegaskan mereka tidak terlibat dalam dakwaan ini dan belum ada pihak yang dapat mengulas komen terbaru Anwar ini.

Di mahkamah diplomat dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Australia, Jepun dan United Kingdom hadir untuk memantau perjalanan kes.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Mahkamah menangguhkan sehingga petang ini untuk mendengar permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.

Berita sepenuhnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails