Tuesday, February 2, 2010

PKR Pulau Pinang, Sengketa bermula kerana DUIT!!

Bersuara jua dia akhirnya..

Memberikan sokongan untuk Zahrain yang memula sengketa..

Memberikan jawapan buat yang tertanya-tanya.

Menjelaskan kenapa mereka memula sengketa…

Bersuara untuk menjelaskan apakah sebenarnya punca ketidakpuas hatian mereka terhadap pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Semuanya kerana DUIT!!

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng antara Ahli Parlimen dari PKR yang tersenarai dalam khabar angin yang mengatakan akan turut meninggalkan PKR tetapi telah dinafikannya di sini, akhirnya bersuara memecahkan misteri disebalik babak baru serangan keatas Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya “di Pulau Pinang, PKR dilayan seperti parti pembangkang. Kami Ahli Parlimen tidak mempunyai sebarang peruntukan dan Kerajaan Negeri tidak membantu kami sama sekali”

“Di Selangor, parti yang berkuasa adalah PKR tapi semua Ahli Parlimen Pakatan mendapatkan RM100, 000 peruntukan untuk kawasan undi mereka dan RM50, 000 untuk perbelanjaan pejabat mereka daripada kerajaan negeri. Di Pulau Pinang, tidak ada ... kosong, "kata Tan kelmarin.

Berita penuh sila baca di sini

mmm.. apa nak jadi ni? Kalau dulu sebelum berkuasa tidak ujud suasana dan perasaan iri hati begini, masing-masing sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga demi perjuangan parti dan matlamat Pakatan Rakyat

Tetapi kini bila dah berkuasa kerana DUIT mereka mula mengatur sengketa..

Kerana DUIT mereka telah memburukkan rakan seperjuangan yang telah menempuh berbagai rintangan bersama mereka.

Kerana DUIT juga mereka telah menghulurkan peluru kepada UMNO/BN untuk menyerang sahabat mereka.

Mereka memerlukan DUIT untuk menjadi popular di kawasan Parlimen mereka, bukannya popular kerana keberanian dan kebolehan mereka membahaskan usul dan undang-undang untuk kebaikkan Rakyat.

Mereka memerlukan DUIT untuk menjadi popular di kawasan Parlimen mereka, sebagaimana popularnya Ahli Parlimen dari BN yang memerlukan DUIT untuk menjadikan mereka popular bukannya kebijaksanaan mereka yang mempopularkan mereka.

Mereka memerlukan DUIT untuk menggerakkan aktiviti dikawasan mereka, meletakkan mereka sama sebagaimana Ahli Parlimen BN yang menggunakan DUIT untuk menggerakkan masyarakat bersama mereka.

Mereka berada didalam Pakatan Rakyat tetapi merasakan seperti berada di dalam Barisan Nasional yang menyediakan dana untuk Ahli Parlimen mereka mengkayakan diri dan kroni mereka.

Mereka memerlukan DUIT hingga mereka terlupa apa pengundi mereka mahu sebenarnya..
Kerana DUIT juga mereka terlupa bahawa mereka dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk menggubal dan membahaskan dasar untuk kepentingan rakyat di parlimen.

Kerana DUIT mereka terlupa, tugas-tugas mengurus kawasan terletak di bahu ADUN bukannya Ahli Parlimen.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails