Saturday, February 27, 2010

Semoga Tun Mahathir panjang umurnya...

Setengah dari harta Thaksin telah dirampas darinya oleh Kerajaan Thailand, harta yang dikatakan diperolehi dan dikumpulkan melalui penyalah gunaan kuasa semasa menjadi Perdana Menteri..

Diharap ini juga akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional terutamanya UMNO yang membina harta melalui penyalahgunaan kuasa oleh mereka selama ini..

Semoga Tun Mahathir panjang umurnya....



Lebih separuh harta Thaksin dirampas

BANGKOK: Mahkamah Agung Thailand malam tadi memutuskan untuk merampas aset yang dibeku bernilai 46 bilion baht (RM4.9 bilion) daripada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, lebih separuh daripada kekayaannya.

Bagaimanapun, semua sembilan hakim memutuskan bekas pemimpin berkenaan boleh memegang kekayaan yang diperolehnya sebelum menjadi perdana menteri pada 2001.

"Majoriti hakim memutuskan kekayaan Thaksin dirampas, daripada dividen sahamnya dan sebahagian daripada jualan saham... semuanya bernilai 46.37 bilion baht," kata hakim ketika membaca keputusan yang disiarkan menerusi radio dan televisyen.

"Bagi merampas semua kekayaan Thaksin adalah tidak adil kepadanya," kata mereka.

"Tetapi oleh kerana beliau memegang jawatan kerajaan dan memegang saham dalam syarikat yang memperoleh konsesi daripada kerajaan bermakna beliau menyalahguna kuasanya."

Kerajaan memohon bagi merampas hasil daripada jualan saham milik Thaksin dan keluarganya kepada Temasek holdings di Singapura, yang dibeku sejak rampasan kuasa yang menumbangkannya empat tahun lalu.

Mahkamah Agung memutuskan Thaksin boleh memegang saham syarikatnya sebelum beliau menjadi perdana menteri pada Februari 2001, bernilai 30.2 bilion baht, kata mereka.

Dalam keputusan yang dibaca selama lebih tujuh jam, hakim yang bersidang berkata Thaksin menyalahguna kuasanya untuk memanfaatkan syarikat telekomunikasi miliknya, Shin Corp, dan memperoleh kekayaan daripada jualan saham dalam syarikat menerusi 'cara tidak sesuai.'

Terdahulu hakim berkata kerajaan Thaksin menetapkan dasar yang memberi manfaat kepada perniagaannya.

"Tindakannya menyebelahi Shin Corp dan Thaicom," kata salah seorang hakim ketika membaca keputusan Mahkamah Agung. Thaicom, yang sebelum itu dikenali sebagai Shin Satellite, adalah sebuah unit dalam Shin Corp.


AFP/Reuters

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails