Monday, February 22, 2010

'Saya akan heret Najib dan Rosmah ke Mahkamah' - DSAI



Machang Bubuk,Bukit Mertajam- Sewaktu berucap dalam majlis jamuan Gong Xi Fa Chai di bawah ADUN Machang Bubuk YB Tan Hogk Leong, DSAI berkata bahawa beliau akan membawa Najib dan Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kerana mungkin beliau mengetahui banyak perkara mengenai Saiful.

"Saya sedang berbincang dengan peguan saya Karpal Singh dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah" dekian jelas beliau dalam ceramah di majlis tersebut..

Kenyataan beliau kemudiannya di sambut dengan tepukan lebih 3000 ribua hadirin yang meraikan sambutan tahun bari cina tersebut.





Sementara itu , majlis yang di hadri semua wakil Pakatan Rakyat termasuk YB Sallehman itu juga , menerima kunjungan YB Lim Guan Eng dan sempat berucap. Anwar dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa selagi rakyat di belakang Pakatan Rakyat, kerajaan bn akan tumbang.

"Jika rakyat bersama kita(PR) bn tidak akan berupaya untuk mengambilalih negeri yang kita jaga, dan rakyat tahu apa yang wakil kita lakukan.Biarkan mereka melakukan apa sahaja fitnah, namun yang pentingnya rakyat mesti tahu apa yang kita buat dan tidak menganiaya rakyat yang selama ini di tindas mereka.






Samada saya berada di luar penjara atau saya berada di dalam penjara, perjuangan kita membantu rakyat harus di teruskan" demikian jelas beliau dengan tepukan dan laungan sokongan dari hadirin yang hadir.

Beliau juga menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia kini berada jauh terkebelakang berbanding jiran-jiran asean yang lain."Kita lebih bawah dari Singapura , Thailand, kita terkebelakang dari Indonesia dan Vietnam.Yang sama dengan kita ialah Bura dan Zimbabwe." di sambut gelak ketawa oarang ramai yang hadir.

Umno kata beliau akan tetap di tolak rakyat selagi masalah korupsi dan juga onar yang mereka sering lakukan.mereka banyak bermain dengan isu yang tidak benar dan inilah yang akan memerangkap mereka.Jika perkara benar mereka tipu, maka jangan percaya kepada perkara lain yang jiga akan mereka tipu rakyat.

"Saya percaya bahawa selagi wakil kita telus dan berkhidmat untuk membantu rakyat, dan biarlah yang lainnya lari meninggalkan kita , saya percaya kita akan tetap menjadi pilihan rakyat.Bn dan umno akhirnya akan di tolak rakyat yang kini hanya menunggu masa yang sesuai.Biar saya terpenjara sekali pun jika rakyat menyatakan bahwa mereka tidak mahukan umno, maka kita akan ke Putarajaya juga" demikian jelas beliau lagi.






Beliau DSAI dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang dan menghadiri jamuan tahun baru cina dan juga melawat beberapa program yang di anjurkan rakyat di sekitar Bukit Mertajam.


Sumber : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails