Wednesday, February 10, 2010

Rosmah tidak dilantik semula sebagai canselor UNISEL?

Kenapa tidak dilantik semula? Mana boleh!! ini akan mengakibatkan negara akan kerugian..

Amatlah merugikan negara ini jika seorang perempuan yang bijak dan pandai macam Rosmah ini diketepikan begitu saja.

Beliau bijak dalam menghabiskan duit dan pandai dalam menguasai Najib, ini telah disahkan oleh Menteri Mentor Singapore yang bertemu dengan Rosmah dulu sebelum berjumpa Najib.. Bijak dalam menghabiskan duit kerana ada pihak yang telah mengatakan RM600,000.00 telah dikirim kepada beliau untuk shopping di Dubai.

Selain dari itu beliau juga merupakan seorang wanita yang jujur.. kalau tidak masakan putera arab menghadiahkan kepada beliau USD2 Juta kerana memulangkan kotak-kotak yang berisi berkeping-keping cek.

Beliau juga amat prihatin tentang nasib Rakyat Malaysia ini juga telah terbukti bila hadiah USD2 Juta yang diterimanya itu telah di serahkan kepada rakyat..

Bukan saja beliau merupakan First Lady yang kedua malah beliau juga seorang Ibu yang penyayang.. hinggakan anak sendiri kahwinpun beliau tidak menjenguknya kerana terlalu sayang dan takut akan kehilangan anaknya malah Ibu Saudarnya mati dibunuhpun beliau tidak menziarahinya kerana teramat sedih..

Naluri keibuan Rosmah juga terserlah bila beliau berusaha membantu membebaskan pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd. Azmi yang ditahan di Pelabuhan El-Arish, Mesir.

Ha.. Ha.. Ha.. uwekkkk!!.



Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails