Sunday, February 28, 2010

RM10 untuk Hadir Ceramah..

Kesian... kerana nak meramaikan pendengar ceramah pada Majlis Zahid Hamidi di Guar Jering, UMNO terpaksa merasuah atau membayar seorang RM10 kepada setiap yang hadir..

Tapi kenapa tinggal RM10 saja? sedangkan dulu paling sikit pun RM30 seorang.. RM30 tu setelah ditolak komisyen yang dibedal oleh Ketua Cawangan depa la...


Umno Rasuah Penduduk RM10 Hadir Ceramah

Oleh Qayum Rahman

GUAR JERING 28 Feb - Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.

Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.

Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.

"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.

"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.

Tambah Azmin, Umno juga terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.


Zahid Hamidi menerima 77? borang keahlian UMNO pada majlis UMNO sebelah petangnya,
yang
kononnya ahli PKR dan PAS yang keluar parti bagi menyertai UMNO.
err.. 77 Borang? tebal sangat tu..


"Ditangan saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk mencalar imej kita," kata beliau.

Apabila Umno hilang arah dan tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.

"Kita tidak perlu bagi 10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.

"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan. Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu dibela," katanya lagi.

Jelas beliau jika kezaliman dan penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.

Ini kerana Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails