Friday, February 5, 2010

Penjelasan mengenai ICT Rakyat PKR.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit penjelasan mengenai artikel "ICT Rakyat PKR" yang disiarkan oleh Malaysia Today.

Tidak timbul sama sekali isu parti tidak berminat untuk membela & berkhidmat untuk rakyat & jauh sekali kita inginkan keuntungan daripada projek ini.



Ong Eu Leong,
Penolong Setiausaha MPN


Menurut "kertas kerja" (sila rujuk pada lampiran di bawah) yang diterima daripada individu terbabit, parti & kerajaan negeri terpaksa menangguh RM 30,000 setahun untuk kos operasi.

Menurut kertas kerja tersebut, kos operasi dicadangkan adalah dari sumber berikut:

a) peruntukkan ADUN (RM 10,000 setahun)
b) kerajaan Negeri (RM 10,000 setahun)
c) Parti keADILan Rakyat (RM 10,000 setahun)

Dan dana tambahan jika perlu adalah hasil daripada aktiviti menjual "keychain".

Ini bukan masalah RM 4,000, akan tetapi masalah RM 30,000 yang dipinta daripada kerajaan negeri & parti.

Projek ini, untuk maklumat semua, telah ditolak oleh cabang Bkt Mertajam (Taman Kota Permai terletak di cabang tersebut) dari dulu lagi & kemudiannya ia dibawa ke cabang Batu Kawan, sekali lagi ia ditolak dalam mesyuarat cabang beberapa minggu yang lalu.

Individu yang terbabit juga telah menjual "keychain"nya dari kedai ke kedai atas nama parti & saya sendiri menerima aduan daripada penduduk setempat di Bkt Tambun. Setelah menasihati individu terbabit, saya diugut pula dengan SB kononnya individu tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan SB.

Hampir 11 tahun saya bersama parti, saya sudah melihat projek-projek seperti jualan air mineral, duit siling emas, katering (yang menyebabkan rakan rakan sepejuangan kehilangan puluhan ribu ringgit) atas usaha individu kononnya untuk imej parti ataupun dana parti. Malangnya, tidak ada satu pun daripada projek ini direalisasikan, yang ada, nama parti juga yang tercemar.

Dan baru-baru ini, di Pulau Pinang, ada individu-individu tertentu seperti "Dato" Shannon Cyril & seorang yang bernama Vincent Khoo (telah dihadapkan ke mahkamah atas kes tipu) yang juga menggunakan nama negeri atau parti untuk tujuan yang boleh menjejaskan nama baik negeri & parti.

Oleh yang demikian, adakah ia wajar untuk TKM & parti untuk melayan karenah-karenah ciptaan individu sendiri untuk kepentingan sendiri? Kita mempunyai lebih banyak tugas untuk diuruskan & diberi perhatian daripada hal-hal sebegini.

Akhir sekali, dengan penjelasan ini, diharapkan semua pendokong & penyokong Pakatan Rakyat sedar akan tujuan tertentu individu terbabit & tidak terjerat dengan aktivitinya.


Ong Eu Leong
Penolong Setiausaha MPN

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails