Saturday, February 20, 2010

PENGKHIANAT itu DEPA, bukan SAYA!! - Zahrain

Sebenarnya.. saya ni bukan pengkhianat.. yang khianat kat saya tu depa, contohnya macam AMK Bayan Baru tu, bila saya istihar keluar PKR untuk jadi Wakil Bebas, depa patut ikut saya, bukan mengkhianati saya sebagai Ketua Cabang depa..

Depa patut mengeluarkan Kenyataan Media menyokong saya.. bukan Kenyataan Media yang mengatakan depa tak menyokong saya.. Apa depa dah lupa ka jasa saya pada depa? Banyak jasa saya pada depa tu oooo..

Ada ka patut depa melawan saya.. tak ada sifat ‘wala’ pada pemimpin langsung!!! Hampeh punya budak-budak.. aku kata, bukan Zahrain kata .. he.. he..

Di bawah ini ialah kenyataan Zahrain.. Pengkhianat yang mengatakan dia dikhianati atau Biawak Hidup seperti yang dikatakan Pak Mus..



Saya dikhianati politik propaganda murahan - Zahrain

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan perjuangannya dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.

Katanya, tindakan itu juga disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti itu yang disifatkannya sebagai pengecut untuk menyatakan kebenaran.

''Saya berkawan lama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi keyakinan saya hilang apabila beliau mempertahankan Lim Guan Eng,'' katanya dalam program Bicarawara yang disiarkan oleh RTM, malam tadi.

Zahrain yang membuat keputusan keluar daripada PKR pada 12 Februari lalu berkata, apa yang beliau kesalkan ialah setiap kali beliau ingin menyampaikan apa yang dilakukan oleh Guan Eng, pandangannya diperlekehkan oleh kepimpinan parti tersebut.

''Saya juga dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana mengkritik Guan Eng, seolah-olah Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak bersalah dan seakan-akan dirinya baik seperti Khalifah Umar Abdul Aziz,'' katanya.

Zahrain berkata, walaupun beliau tidak mahu memutuskan hubungan kawan dengan Anwar tetapi dari segi politik, beliau tidak mampu lagi mengikuti Penasihat PKR itu.

''Ia kerana saya melihat PKR sanggup menjual maruah dan integriti bagi mencapai satu pembohongan untuk merosakkan bangsa,'' katanya.

Mengenai gesaan Guan Eng yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties (IGP), Zahrain berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sepatutnya bersabar sedikit.

''Saya sudah pun menyediakan surat peletakan jawatan tersebut dan dua tiga hari lagi selepas cuti Tahun Baru Cina, beliau akan menerima surat berkenaan. Saya tidak kemaruk jawatan itu,'' tegasnya.

Dalam wawancara itu juga, Zahrain sekali lagi mengulangi dakwaannya bahawa Guan Eng dan DAP mengamalkan politik perkauman.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails