Sunday, February 7, 2010

Penaja Raja Petra sama seperti beliau - Latiff

Tuduhan ini kepada siapa anda agak?

"Di Malaysia ini tidak ramai pemimpin yang pandai mempolitikkan semua isu. Hanya beberapa kerat yang mempunyai kebolehan tersebut dan gemar menggunakan kepakaran itu demi kepentingan dirinya.


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Misteri dalang yang menaja pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin sehingga kini belum terungkai.

Namun bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad , individu tersebut mempunyai personaliti yang sama seperti Raja Petra iaitu bijak memutar belit isu.

Katanya, Raja Petra yang cekap mengendalikan media tidak mungkin 'tunduk' atau mengikut telunjuk individu yang lebih lemah daripadanya dalam aspek kepakaran mencipta kontroversi.

"Di Malaysia ini tidak ramai pemimpin yang pandai mempolitikkan semua isu. Hanya beberapa kerat yang mempunyai kebolehan tersebut dan gemar menggunakan kepakaran itu demi kepentingan dirinya.

"Bagi saya individu inilah yang berjaya menundukkan Raja Petra bagi tujuan menghentam kerajaan dari jauh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kebuntuan siasatan terhadap Raja Petra yang kini dikatakan hidup mewah di London serta individu yang membantu pengendali portal berita itu meloloskan diri ke Britian.

Isnin lalu, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa polis supaya mendedahkan laporan siasatan mengenai Raja Petra.

Ismail Sabri berkata, laporan mengenai siasatan itu penting supaya masyarakat khususnya pelayar Internet tidak lagi terkeliru dengan penipuan di portal berita tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, dalang di sebalik pengendali portal berita itu juga merupakan seorang yang gila kuasa kerana sanggup memaksa Raja Petra mereka-reka berita demi meraih sokongan dan pada masa yang sama mengharapkan rakyat membenci kerajaan.

Ditanya siapakah individu yang dimaksudkannya, Abdul Latiff yang juga Timbalan Menteri Pertahanan bagaimanapun enggan mendedahkannya.

Sebaliknya beliau meminta orang ramai menilai sendiri perwatakan individu yang dimaksudkannya itu.


Utusan Malaysia Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails