Sunday, February 14, 2010

Lim Guan Eng: Utusan Bohong Sampai Kiamat

Akhbar Utusan Malaysia dilabel sebagai media cetak pembohong yang sentiasa menyampaikan berita berbau penipuan disamping sentiasa menutup pelbagai kelemahan Umno dan Barisan Nasional daripada pengetahuan rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Utusan telah lama menyalahguna kuasa menyebarkan khabar palsu melalui akhbar demi kepentingan BN bagi mempengaruhi minda pembaca.

Tambah beliau Utusan sedar bahawa Umno dan BN telah merosakkan negara dan melampaui batas tetapi ia masih melindungi segala keburukan tersebut.

“Utusan Malaysia berbohong untuk menjatuhkan saya dan saya telah lama memulaukan akhbar jijik ini yang sentiasa menyampaikan maklumat palsu.

"Masyarakat sentiasa dikejutkan dengan berita yang dipalsukan akhbar ini," jelas Lim berikutan laporan akhbar itu yang menyatakan beliau akan membatalkan perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang.

Lim juga berkata tuduhan secara melulu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah tidak berasas kerana kerajaan negeri telahpun membuat keputusan sejak awal untuk mengadakan perarakan itu pada 26 Februari depan.

"Saya juga dituduh mengamalkan pentadbiran anti-Islam padahal pihak kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa mengamalkan pentadbiran secara adil tidak kira dari kaum apa sekali pun.

"Pelbagai pihak tidak bertanggungjawab sentiasa cuba merosakkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat kerana khuatir akan kemaraan PR pada masa akan datang dan seterusnya," kata Ahli Parlimen Bagan itu kepada Suara Keadilan.

Beliau berharap Utusan Malaysia jangan mempolitikkan isu agama yang boleh memudaratkan masyarakat dan agar Muhyiddin tidak mendapatkan maklumat tidak sahih daripada akhbar tersebut.

"Saya juga ingin mencabar Utusan Malaysia sehingga bila ia akan terus menfitnah serta melakukan pembohongan untuk menghancurkan kerajaan negeri Pulau Pinang?

"Adakah ia akan berterusan sehingga hari sudah nak khiamat?" tegas beliau lagi.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails