Wednesday, February 24, 2010

Laporan Polis, Usaha Umno Tekan Guan Eng.

Menurut Jagdeep kesemua laporan yang dibuat tahun lepas dilihat sebagai usaha untuk mengganggu Ketua Menteri dan memberi tekanan kepadanya.


GEORGETOWN, 24 Feb - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadap beliau.

Enam laporan itu dibuat di Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas.

Peguam beliau Jagdeep Singh Deo dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri tengah hari semalam berkata Ketua Menteri diminta untuk menghubungi polis pada masa yang bersesuaian bagi berhubung siasatan enam laporan polis tersebut .

"Menurut notis bertarikh 22 Febuari 2010 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menyatakan empat laporan yang dibuat ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat.

Tambah Jagdeep kesemua laporan yang dibuat tahun lepas dilihat sebagai usaha untuk mengganggu Ketua Menteri dan memberi tekanan kepadanya.

Walau bagaimanapun beliau memberitahu anak guamnya akan memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya pihak polis melakukan siasatan yang adil.

Jagdeep juga meminta pihak polis menyerahkan semua salinan laporan polis yang dibuat kepada anak guamnya agar pihaknya mengetahui butiran sebenar laporan yang dibuat.

Ini kerana beliau tidak perkara sama berulang apabila polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang menjalankan siasatan terhadap Setiausaha Agung DAP itu atas dakwaan kononnya beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan pada 18 Disember 2009 di Shah Alam, Selangor.

Disebabkan tiada sebarang salinan laporan polis yang diberikan, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak memberikan sebarang keterangan yang diminta oleh pegawai yang menyiasat kes tersebut.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails