Kadar baru yang akan meletakkan Rakyat didahulukan sebagai golongan yang akan merasai keperitan membayar bil elektrik...
23/02/2010 6:08pm
KUALA LUMPUR 23 Feb — Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik esok, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd. di sini.
Mengenai peratusan kenaikan, Fah Kui berkata: “Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain.”
Bernama
