Tuesday, February 9, 2010

Kes DSAI ditangguh esok.

KUALA LUMPUR, Feb 9 – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari lagi ekoran permintaan peguam utama ketua pembangkang itu mahu menjawab afidavit pendakwa raya berhubung permohonan agar Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan daripada mendengar kes itu.

Karpal mengemukakan permohonan itu semalam atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dalam permohonan mereka agar dikenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia yang membuat liputan kes liwat kedua Anwar kali ini.

Oleh itu, hakim menangguhkan perbicaraan sehingga 9.30 pagi esok bagi membolehkan Karpal memfailkan jawapan balasnya hari ini.

Dalam mengemukakan permohonannya semalam, Karpal berkata keputusan mereka itu berdasarkan rasa tidak puas hati terhadap cara hakim mengendalikan permintaan agar mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas akhbar berkenaan.

Menurut Karpal, cara hakim mengendalikan permintaan berhubung tindakan akhbar itu “membawa elemen bahaya di pihak hakim yang arif.”

Karpal telah membangkitkan corak liputan Utusan Malaysia pada Khamis dan Jumaat lalu.

Peguam Cara II Datuk Yusof Zainal Abiden memfailkan afidavit kepada permohonan Karpal petang semalam.

Difahamkan pokok hujah dalan afidavit pendakwa raya itu ialah elemen “ketidaktepatan” dalam afidavit Karpal.

Butiran afidavit disiarkan dalam akhbar hari ini, di mana ia menyebabkan Yusof menekankan bahawa beliau tidak gembira kerana kandungannya disiarkan sebelum dibaca di mahkamah.

Menurut Yusof, afidavit tidak boleh dihebahkan kepada media sebab ia kemungkinan mempunyai “kandungan melampau yang kemungkinan akan dikeluaerkan kelak.”

Karpal bagaimanapun dengan merujuk kepada penghakiman bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin bahawa semua dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah adalah dokumen awam dan oleh itu media ada hak untuk menggunakannya.

Hakim kemudian memberikan masa kepada Karpal untuk menyediakan afidavit balas.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai mengekang kebebasan media. Saya percaya pada kebebasan media tetapi... jika wartawan melaporkan sesuatu yang tidak tepat, mereka perlu menghadapi akibatnya.

“Jika mahkamah mengenakan penalti, mereka tidak boleh mengatakan mahkamah menghalang kebebasan akhbar,” kata Mohd Zabidin.

Ini kali kedua perbicaraan ditangguhkan. Kali pertama ialah semalam iaitu selepas pembelaan membuat permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya didengar pagi ini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Semalam, Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Moh Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails