Thursday, February 11, 2010

Kes asenik: 29 dibebaskan



Feb 11, 10 12:25pm

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan 27 peserta perhimpunan haram berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau diracun dengan arsenik pada lewat 1999.

Antara yang didakwa itu termasuk lima ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain.

Bakri kini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Kes itu berlangsung lebih sepuluh tahun dan dibicarakan oleh enam majistret yang berlainan, termasuk lima pendakwa raya.

Pada asalnya, 30 orang ditahan. Dua daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengaku bersalah.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails