Tuesday, February 2, 2010

Kerana ucapan perkauman.. habis peserta lari..

Ha.. Ha.. Ha.. kan orang dulu-dulu dah berpesan.. cakap siang, pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar..

Ni kes bercakap tak pandang sekeliling lah ni.. main hentam ikut suka dia saja akhirnya puluhan peserta lari keluar..

Bodoh punya Pegawai Khas Najib ni.. Nak berucap tu tengok la dulu siapa yang hadir.




Ucapan perkauman, seminar 1Malaysia dipulau

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka, baru-baru ini menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Nasir Safar menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails