Friday, February 5, 2010

Kenapa tiba-tiba Survey 74% Rakyat Perak mahu DUN dibubarkan disiar semula ni?

Adakah Zambry akan menggunakan hasil kajian dari Merdeka Centre ini untuk membubarkan DUN sebagaimana khabar angin yang tersebar?

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre tentang 74% Rakyat Perak mahukan Pilihanraya semula diadakan ini telah disiarkan oleh Merdeka Centre pada 8 Februari 2009.

Tapi hari ini ketika aku sedang memandu dalam berita telah kembali diulang siar berkenaan hasil kajian ini dan di The Malaysian Insider juga telah disiarkan.

Petikan dari The Malaysian Insider.


Majority of Perak voters want fresh elections, poll shows

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Nearly three in four voters, or 74 per cent, feel that fresh state elections remain the best way to resolve the political crisis in Perak, a new poll conducted on the eve of the first anniversary of Barisan Nasional’s controversial takeover of the government shows.

The independent Merdeka Center survey of 805 registered voters also shows that Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and Pakatan Rakyat’s Datuk Seri Nizar Jamaluddin, the man he replaced, are neck-and-neck in their respective approval ratings.

Zambry’s state-wide approval rating is 43 per cent and is drawn largely from the Malay, and one-half of the ethnic Indian electorate.

Nizar has an approval rating of 46 per cent which is drawn largely from a majority of Chinese, one-half of ethnic Indians and a little over one-third of the Malay electorate.

The Merdeka Center, which has been conducting regular polls since Election 2008, had recently polled the 805 voters who were drawn from large majorities of each ethnic group, and almost equally divided between rural and urban areas.



Dan pada 13 Februari 2009,

Ahli Parlimen Teluk Kemang Dato Kamarul Bahrain telah menulis

KESIMPULAN AKHIR KEMELUT POLITIK DI PERAK.. 74% RAKYAT MENDERHAKA?

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6-8 Februari lalu untuk mengukur persepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak dan 76% menyatakan bahawa rakyat, melalui sistem Pilihanraya yang lebih berhak untuk menentukan kerajaan yang dibentuk di Perak. Cuma 21% menyatakan pihak Istana manakala 3% lagi menjawab tidak tahu.

Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berusia 11 bulan, telah tumbang apabila 3 Wakil Rakyat nya keluar parti untuk bertindak sebagai ADUN Bebas & menyokong BN. Kini Pakatan Rakyat & BN mempunyai anggota samarata iaitu 28 orang.
-
Mengenai penyelesaian kepada krisis politik ini, seramai 33% responden mahu Pilihanraya yang baru dilangsungkan, 35% lagi mengatakan Pilihanraya Kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28% mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu. Keputusan kajian-kajian yang dilakukan JELAS menunjukkan bahawa rakyat Perak tidak menerima keputusan pihak Istana yang memperkenankan kerajaan BN/UMNO membentuk kerajaan melalui rampasan kuasa minggu lalu.


Adakah Zambry akan menggunakan hasil kajian dari Merdeka Centre ini untuk membubarkan DUN sebagaimana khabar angin yang tersebar?

Zambry akan mengatakan demi menghormati kehendak majority Rakyat Perak yang mahu DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula beliau rela melepaskan jawatan sebagai MB yang disandangnya kini.

Dan beliau akan menunjukkan kepada Rakyat Perak bahawa beliau sanggup mengorbankan jawatannya kerana Rakyat Perak.

Dan Zambry juga telah berjaya membina satu imej yang sangat baik dimata Rakyat Perak, beliau telah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang gila mahu menjadi MB.

Sama-samalah kita menantikannya....


Kajian oleh Merdeka Centre ada di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails