Tuesday, February 16, 2010

Jangan bermain api!

Roslan SMS

Isu pembatalan dan kemudiannya keputusan mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul peringkat Pulau Pinang sebagaimana digembar-gembur dan dihebahkan oleh pihak media khasnya TV3 terus hangat.

Apa yang sebenarnya berlaku di sana hanya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berhak memberi penjelasan dan jawapan.


Apa pun yang pentingnya mengapa perlu ia dipolitikkan?

Siang tadi rakan pemberita menghubungi saya untuk meminta ulasan. Saya enggan memberi ulasan atas alasan kami tidak nampak apa perlu isu ini dibakar-bakarkan sehingga mencetuskan ketegangan.

Bagi kami di Selangor, apa yang telah kerajaan BN Selangor lakukan dahulu yang bermanfaat kepada rakyat, insyallah akan kami teruskan, malah akan diperbaiki dan dipertingkatkan mana yang perlu. Apa yang buruk dan merugikan rakyat, akan kami hapuskan.

Malah dalam hal berkenaan agama Islam dan kepentingan penganutnya, rasanya setakat hampir 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS berkuasa di Selangor, ianya lebih baik dan berkesan.

Bantuan sekolah agama rakyat terus lancar dan meningkat, Maahad Tahfiz milik kerajaan negeri bertambah lipat kali ganda pengambilannya, bilangan anak-anak Selangor yang dihantar melanjutkan pelajaran keTimur Tengah dalam jurusan agama meningkat.Selain itu agihan bantuan zakat semakin telus dan dirasai semua tanpa mengira fahaman politik. Masjid-masjid seluruh Selangor di”merdeka” kan dengan pemilihan pimpinan masjid diserahkan kembali kepada anak-anak kariah. Program dakwah di masjid-masjid dan surau-surau semakin meningkat.

Kutipan zakat juga semkain meningkat, program forum perdana yang dipimpin oleh pendakwah dan ulamak berwibawa diadakan sebulan sekali di Masjid Negeri, program kuliah agama secara tetap setiap bulan diadakan di kediaman rasmi MB, Enakmen Jenayah Syariah yang diluluskan dizaman BN, dikuatkuasakan secara lebih efektif bagi tujuan amar makruf nahi mungkar.

Ringkasnya insyallah dengan peranan yang dimainkan oleh PAS, Islam ditangan kerajaan PR Selangor lebih terjamin masa depannya. Oleh itu jangan ada mana pihak mahu bermain api,mencetuskan ketegangan dan menabur sikap benci-membenci yang hanya merugikan negeri dan rakyatnya.

PAS akan berpegang kepada agenda perjuangannya, dan kini ditakdirkan Allah swt ia duduk sebagai sebahagian dari kerajaan,insyallah amanah itu akan dipertahankannya. Apa pun peranan PAS jauh lebih baik dan berkesan berbanding Umno yang duduk bertenggek pada kuasa tanpa pencapaian yang bermakna.


HarakahDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails