Tuesday, February 23, 2010

Hasil balak PR Kedah RM38Juta, semasa BN RM8Juta sahaja...

Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan dari hasil pembalakan sebanyak RM38 berbanding RM8 juta sahaja semasa zaman BN memerintah..

Beliau juga tertanya-tanya kemana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.



Kedah Perolehi RM38 Juta Hasil Balak

Oleh Qayum Rahman

JENIANG, 22 Feb - Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.

"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.

"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.

"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.

"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.

Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.

"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.

Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails