Monday, February 15, 2010

Hasbie Satar letak jawatan dah...

Meletak jawatan atau di pecat ni??

Katanya dia ni dah ditahan Seteru Pakatan Rakyat Malaysia, boleh pulak Seteru Pakatan Rakyat Malaysia ni membenarkan dia menulis surat letak jawatan..

Letak jawatan pun letak jawatan lah.. tapi kalau meletakkan jawatan itu sekadar menunjukkan dia tidak ada hubung kait dengan pemimpin UMNO tu.. silapla..

Dia tetep telah menyalahgunakan kuasa semasa menjadi SU kepada Menteri UMNO..


Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails