Saturday, February 6, 2010

Guan Eng Bidas Pihak Yang Tuduh Melayu PP Disisih

Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Bumiputera.

Tindakan pihak tertentu membangkitkan kebencian kaum dengan memanipulasikan isu perobohan gerai milik peniaga Melayu adalah amat tidak wajar.

Kerajaan negeri sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat peniaga, demikian itu semua dilayan sama-rata, dan hukuman saksama juga dikenakan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

"Demontrasi hari ini dapat menarik perhatian yang tidak tahu keadaan sebenarnya, tapi saya rasa kerajaan negeri tidak akan menghalang apa-apa demontrasi yang aman, selagi tidak menggugat keamanan ataupun kehidupan biasa rakyat, kita tidak akan halang kerana kira rasa itu memang hak mana-mana pihak"

Layanan sama-rata ini ditunjukkan jelas dalam statistik Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dalam jangka waktu 2008 hingga 2009, PBT telah mengambil tindakan terhadap perobohan ke atas 2809 penjaja Cina bersamaan 58% diikuti gerai milik peniaga Melayu seramai 1600 orang (33%) dan India 443 orang (9%).

Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang telah mengedarkan butiran pengagihan kontrak kerajaan negeri yang mendedahkan bahawa sebahagian besar penerima kontrak adalah kontraktor Bumiputera.

Guan Eng berkata pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan kepada merit dan bukan kepada kelompok kaum tertentu.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails