Thursday, February 25, 2010

GST : Kerajaan kaut untung , Rakyat tanggung rugi

Dengan kadar 4 peratus yang dikenakan rakyat akan membayar cukai tambahan paling minimun sebanyak RM550 setahun. Ini pada kadar yang diperkatakan sekarang tetapi jika kadar peratus dinaikkan maka rakyat perlu membayar lebih tinggi lagi



GST Tanda Najib Gagal Urus Ekonomi

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

PETALING JAYA 25 Feb - Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelang pertengahan 2011 akan membebankan setiap golongan tanpa mengira taraf kedudukan ekonomi dan pendapatan rakyat.

Rakyat yang kini membayar cukai pendapatan kini akan berdepan dengan cukai kedua dalam bentuk GST yang bakal mengenakan cukai sebanyak 4 peratus setahun bagi setiap pembelian yang dikenakan cukai.

Implikasi cukai baru ini diterangkan pada Majlis Forum Awam Implikasi GST yang di adakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Ahli panel yang mencanai minda pada forum itu termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Mohd Rafizi Ramli.

Forum diberitahu negara yang akan mengalami impak inflasi yang tinggi disebabkan kenaikan harga barang secara mendadak dan sukar dikawal kerana setiap pembelian akan dikenakan cukai.

Melalui GST skop cukai akan menjadi lebih luas kerana semua jenis barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai kecuali yangmendapat pelepasan dari kerajaan.

Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapannya menegaskan isu ini memberi kesan besar kepada ekonomi serta juga rakyat dan perlu dibincangkan secara mendalam.

Pakatan Rakyat mengambil tindakan menentang GST dan menganggap ia akan membebankan lagi rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatn rendah.

"Apa yang harus dinyatakan disini bahawa setiap tindakan yang Pakatan Rakyat akan ambil perlu mendapat maklum balas daripada rakyat terlebih dahulu. Selain itu rakyat mensti tahu apa kesan yang akan diterima jika GST dilaksanakan," hujah beliau.

Forum itu juga meramalkan kadar inflasi akan meningkat dalam tempoh dua tahun selepas GST dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan GST akan menyebabkan kerajaan mendapat keuntungan berlipat ganda manakala rakyat terpaksa menanggung kerugian.

"Dengan kadar 4 peratus yang dikenakan rakyat akan membayar cukai tambahan paling minimun sebanyak RM550 setahun. Ini pada kadar yang diperkatakan sekarang tetapi jika kadar peratus dinaikkan maka rakyat perlu membayar lebih tinggi lagi," tegas beliau.

Forum yang berlangsung selama dua jam setengah itu mengupas pelbagai aspek dan menyifatkan GST tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang kerana taraf ekonomi Malaysia masih belum pulih serta kadar gaji rakyat Malaysia berada pada kadar yang rendah.

Kerajaan juga perlu meningkatkan taraf gaji rakyat diperingkat yang lebih tinggi sebelum melaksanakan GST .

Seorang peserta forum, Sapiyan Mohd Din, 50, menyifatkan perlaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga rakyat benar-benar bersedia dan kerajaan mampu dari segi modal tanpa melibatkan pinjaman wang luar.

"Jelas daripada apa yang diperkatakan oleh ahli panel GST memang tidak sesuai dilaksanakan kerana faktor gaji rakyat Malaysia masih rendah selain kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakan GSTia memerlukan modal yang besar.

"Beban rakyat bukan hanya pada jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka masa yang panjang. Saya sendiri tidak mahu dibebani dengan cukai tambahan ini, cukuplah dibebani dengan cukai pendapatan sahaja," jelasnya.

Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails