Monday, February 8, 2010

Dulu Kerajaan BN Pulau Pinang meruntuhkan lebih banyak gerai!

Kalau kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dikatakan Zalim kerana merobohkan gerai-gerai yang diusahakan oleh usahawan Melayu, Bagaimana pula dengan Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh Barisan Nasional dahulu yang telah merobohkan gerai-gerai dalam masa setahun sekali ganda lebih banyak dari yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat 2008 hingga 2010?

Berperikemanusiaankah tindakan mereka dulu itu???

Lim dakwa gerai diroboh BN sekali ganda lebih banyak

PULAU PINANG, Feb 7 – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mendakwa perobohan gerai peniaga Melayu semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) adalah lebih banyak berbanding semasa ditadbir pakatan pembangkang sekarang.

“Saya ingin menjelaskan bahawa jumlah perobohan gerai peniaga Melayu sewaktu zaman pemerintahan BN dahulu dari tahun 2006 hingga 2007 adalah sekali ganda lebih banyak daripada jumlah perobohan gerai dilakukan pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2010,” katanya kepada pemberita di sini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata apa yang berlaku terhadap kerajaan pimpinannya sekarang adalah berpunca daripada fitnah yang disebarkan Umno negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri kini merangka usaha untuk menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat negeri ini agar tidak terpedaya dengan khabar palsu yang disebarkan itu.

Lim kini menerima kecaman hebat daripada beberapa anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu yang juga sekutu DAP dalam pakatan pembangkang, berhubung isu perobohan gerai peniaga Melayu di Pulau Pinang selain disifatkan sebagai seorang `cauvinis’, dan `berfikiran komunis’ serta melayan PKR negeri seperti `anjing’.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails