Thursday, February 18, 2010

Disebalik " Tiada Krisis dalam Pemuda UMNO"

Apa yang berlaku sebenarnya dalam pertemuan yang berlangsung dari jam 5.15 petang hingga 7 malam di JPM di Putrajaya agaknya sehingga Khairy boleh berkata "Pemuda UMNO tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman."

Semalam KJ telah melangkah kembali ke tingkat 4 selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan membawa bersama hampir 40 exco dan ahli Pemuda untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas pertemuan dengan Najib, Khairy dengan bangganya telah menjelaskan pergerakan itu tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman.

Beliau juga berkata “Memang ada banyak spekulasi tentang pertemuan hari ini, saya ada membaca pelbagai portal hari ini. Tetapi kita kena faham bahawa pertemuan kami dengan Perdana Menteri secara kebetulan diadakan selepas pelbagai spekulasi muncul,”

Adakah Khairy berkata "Pemuda UMNO tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman." kerana beliau yakin boleh menguasai kesemua Exco Pemuda UMNO itu?

Mari kita lihat apa sebenarnya yang telah berlaku di sana sebagaimana yang didedahkan oleh Pemuda UMNO sendiri..



EKSKLUSIF: PERTEMUAN PENUH DRAMA KJ, PEMUDA DENGAN PERDANA MENTERI!

Semalam Khairy Jamaluddin (KJ) melangkah kembali ke tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu tingkat yang sangat sinonim dengan dirinya di mana ia suatu masa dahulu meletakkan dirinya sebagai manusia yang paling berkuasa di negara ini.

Ia juga tingkat di mana KJ merancang pelbagai perkara yang bersifat merampas harta milik rakyat untuk diisi ke koceknya sendiri.

Namun, semalam, tingkat 4 bukan milik KJ atau bapa mertuanya.

KJ melangkah selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan membawa bersama hampir 40 exco dan ahli Pemuda untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hampir setahun terpilih baru buat kunjungan hormat. Entahlah apa nak kata.

Pertemuan itu berlangsung dari jam 5.15 petang hingga 7 malam di JPM di Putrajaya.

Banyak pihak mendakwa pertemuan itu diatur untuk KJ memberikan penerangan dan gambaran bahawa tidak ada perpecahan dalam Pemuda.

KJ telah menafikan itu adalah tujuan pertemuan tersebut melalui media massa semalam.

Namun, apa yang pasti, ia satu pertemuan yang penuh drama, ironis dan memperlihatkan sifat bodoh sombong serta muka tak tahu malu KJ belum lagi berakhir.

Ironis seperti yang diterangkan di atas iaitu KJ melangkah ke tingkat 4 yang selama ini memang dikaitkan dengan diri dan rakan-rakannya ketika era Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, pertemuan yang sepatutnya bersifat kunjungan hormat cuba dimanipulasi KJ untuk memberikan tekanan kepada PM.

KJ telah berpakat dengan exco-exco machainya agar bertanya kepada PM supaya memberikan jawatan Menteri kepada dirinya!

Justeru, semasa pertemuan, adalah exco yang bertanya soalan itu.

Seperti biasa KJ ingat dia seorang sahaja yang bijak kat dunia ni. Namun, jawapan Datuk Seri Najib memang membuat KJ dan budak-budaknya terpaku.

Najib dengan nada yang lembut tetapi penuh mendalam dan tajam meminta agar Pemuda UMNO bersatu dahulu dan soal jawatan boleh diperbincangkan selepas Pemuda memperlihatkan ia tidak lagi berpecah-belah.

Hendak kata apa, memang Pemuda tidak bersatu. Nyata Najib memberikan sindiran bermakna kepada KJ dalam isu itu.

Namun, semuanya tidak berakhir setakat itu sahaja.

Bukankah tadi telah disebut bagaimana tingkat 4 JPM merupakan tingkat yang menjadikan KJ manusia paling berkuasa di Malaysia satu masa dahulu, semalam, dalam pertemuan itu, KJ masih 'terbawa-bawa' sikap yang sama.

Percaya atau tidak, ada sebahagian Exco Pemuda UMNO yang diberikan amaran oleh KJ sebelum pertemuan agar tidak bertanya sebarang soalan kepada Perdana Menteri.

Yop Putrajaya yang dahulu mendesak KJ meletak jawatan adalah di antara yang diberikan amaran.

Tidak cukup dengan itu, KJ mengawal siapa yang boleh bercakap dan bertanya soalan ketika pertemuan berlangsung.

Umpamanya, jika ada tiga microphone yang menyala lampu mereka serentak akibat ditekan butang bercakap oleh para exco Pemuda, KJ yang memberitahu siapa yang boleh terus bertanya.

Akhirnya budak-budak dan balacinya sahajalah yang bertanya kepada PM dalam kunjungan hormat itu semalam.

Yang mana bukan pro KJ tidak diberikan laluan langsung.

Dasar muka tidak tahu malu, apakah KJ ingat tingkat 4 itu masih milik bapa mertuanya dengan mengatur siapa yang boleh bercakap dan tidak boleh bercakap?

KJ sebenarnya bimbang jika ada exco Pemuda yang melontarkan cadangan supaya dirinya berundur selaku Ketua Pemuda UMNO di hadapan Presiden Parti.

Itulah sebab KJ bersifat kuku besi menghalang siapa yang boleh bercakap dan siapa yang tidak.

Apa pun, itu sebenarnya sesuatu yang memalukan.

Sudahlah berpakat denga exco yang pro dengan dirinya agar mengemis jawatan Menteri daripada PM, lepas itu ada unsur tahan menahan siapa yang boleh bertanya dan tidak boleh bertanya soalan kepada PM.

Itu bukan kunjungan hormat, itu kunjungan untuk kepentingan diri sendiri namanya. Buat malulah KJ ni!

Mungkin KJ meroyan tingkat 4 sekejap kot semalam.

Ini adalah petikan dari Malaysia-Instinct, cayalah PM! Saya bangga kerana mempunyai seorang PM yang begitu bijak dan pandai menilai manusia hipokrit seperti KJ ni!


Sumber.. House PK.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails