Wednesday, February 17, 2010

Demo BN dan Perkasa memprotes Australia, 60,000 Hadir!!


Gambar dari Berita Harian.. nampak ramai..

Kuala Lumpur - Pemuda Barisan Nasional dan PERKASA telah berhimpun secara berasingan di luar Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini untuk menunjukkan protes terhadap campurtangan 50 ahli Parlimen Australia yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat.

Pemuda BN mendakwa mengumpulkan 600 ahli yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

600? Ikut suka hang la Khairy ooii..

Khairy kemudiannya mengetuai delegasi untuk menyerahkan protes memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Penny Williams..

Kumpulan mereka telah berkumpul di sebuah restoran berdekatan seawal 8:30 pagi untuk mentekedarah dulu sebelum bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Australia. Mereka perlu mentekedarah untuk mengumpul tenaga bagi berjalan ke kedutaan yang jaraknya dari Restoran hampir 200 Meter.

Alaaa… tak kan tak tahu.. Orang UMNO kalau tak ada upah tak buat kerja punya..

Mereka membawa bersama mereka sepanduk-sepanduk dan juga Banner yang tertera dengan perkataan “Don’t Mess With Our Affairs!”, “Jaga Negara Sendiri (take care of your own country)”

Sambil bergerak mereka melaungkan “mind, mind, mind your own business” and “to hell with UMNO ops silap “to hell with Australia”.

Berita penuh sila baca di sini..


Nampak saja ramai.. sebenarnya ciput saja..





Tiga keping gambar diatas ini datangnya dari Tranungkite














Gambar-gambar diatas datangnya dari ParpuKari

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails