Wednesday, February 3, 2010

Dear Tan Tee Beng, Sila jawab!

Y.B. Tan Tee Beng perlu menjelaskan adakah beliau tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri yang tidak menggunakan cara Barisan Nasional untuk menentukan proses tender sehingga saudaranya terpaksa membida kedai tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga tawarannya yang asal?


Ahli Parlimen PKR bagi Kawasan Nibong Tebal Y.B. Tan Tee Beng perlu membuat penjelasan awam sama ada rungutan beliau terhadap Y.A.B. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang disebabkan oleh saudaranya tidak dapat membida sebuah kedai di Jalan Chow Thye dengan harga yang istimewa?

Y.B. Tan Tee Beng juga perlu menjelaskan bahawa sama ada beliau tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri yang tidak menggunakan cara Barisan Nasional untuk menentukan proses tender sehingga saudaranya terpaksa membida kedai tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga tawarannya yang asal?

Ini jelas menunjukkan bahawa rungutan Y.B. Tan Tee Beng terhadap Ketua Menteri tidak berkaitan langsung dengan prinsip perjuangan politik atau kepentingan awam. Y.B. Tan Tee Beng juga pernah mempersoalkan Ketua Menteri mengapa saudaranya perlu membida kedai tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Sehingga kini, Y.B. Tan Tee Beng masih belum dapat menjawab segala tuduhan dan fakta yang dibongkarkan oleh Y.B. Jeff Ooi, Ahli Parlimen bagi Kawasan Jelutong dalam sidang media semalam. Maka, DAP mendesak Y.B. Tan Tee Beng supaya tampil untuk membuat penjelasan terhadap isu-isu tersebut.

Saya ingin mempersoalkan sama ada Y.B. Tan Tee Beng masih bermimpi sehingga tidak faham akan proses tender yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Jikalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menyokong supaya dasar terbuka ini diteruskan, mengapa Y.B. Tan Tee Beng boleh mempersoalkan dasar tersebut serta cuba mempengaruhi proses tender yang diamalkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)?

DAP tidak akur terhadap rungutan Y.B. Tan Tee Beng yang tidak berasas sekali sehingga menjejaskan perhubungan DAP dan PKR di peringkat Negeri Pulau Pinang. Malahan, kami percaya bahawa perhubungan DAP-PKR akan menjadi lebih mesra lagi dengan tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh pucuk kepimpinan PKR terhadap Ahli-Ahli Parlimen yang merungut secara melulu terhadap DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang sejak kebelakangan ini.

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 2 Februari 2010 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails