Thursday, February 11, 2010

Dato Zahrain! Sapa kata hang kena PECAT?

Dalam sebuah laporan akhbar, Dato Zahrain telah mendakwa beliau telah dipecat oleh Lim Guan Eng sebagai pengerusi sebuah GLC milik kerajaan negeri kononnya kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Berita mengenai pemecatannya itu kata Zahrain telah dimaklumkan kepadanya oleh seseorang selepas Guan Eng menghadiri mesyuarat lembaga PDC.

Seseorang yang memaklumkan berita palsu itu kepada Dato Zahrain wajarlah ditendang kerana menyebarkan fitnah.

Seseorang yang mencipta fitnah itu sememangnya berniat jahat kerana telah mencurahkan minyak petrol kedalam api..

Nampaknya Dato telah percaya kepada manusia yang tidak boleh dipercayai..

Kenapa Dato tidak bertanya sendiri kepada Lim Guan Eng? Awat, Dato tak ada nombor talipon dia ka?



Guan Eng nafi Zahrain dipecat ketuai Island Golf

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang bulan lalu mengeluarkan kenyataan pedas terhadapnya masih merupakan Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mesyuaratnya kelmarin telah memutuskan untuk menganugerakan tender terbuka mengurus Bukit Jambul Golf & Country Resort (BJCC), bernilai RM40 juta, kepada sebuah syarikat lain untuk tempoh selama 10 tahun.

Tahun lalu ia membatalkan keputusan dibuat IGP untuk memberi kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat RM2.

Butiran mengenainya akan dikeluarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata Lim dalam satu kenyataan.

BJCC diuruskan oleh IGP, sebuah subsidiari dimiliki PDC.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata buat masa sekarang Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.

Zahrain memegang jawatan pengerusi dan pengarah IGP sejak 9 Julai 2008.

“PDC ada memaklumkan saya bahawa tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau IGP kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan dalam kedudukan IGP,” kata Lim.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mendakwa beliau telah dipecat dari mengetuai IGP, 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik Lim.

Kenyataan Zahrain itu, yang turut disokong seorang lagi Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang menyebabkan hubungan “dingin” PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Zahrain dan rakan sejawatannya dari Nibong Tebal kini disiasat lembaga disiplin PKR.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails