Monday, February 8, 2010

Dari UMNO Dia datang, Kepada UMNO lah Dia KEMBALI..

Inilah harga yang perlu dibayar oleh PKR bila memberikan jawatan kepada Ahli UMNO yang mempunyai jawatan yang melompat keluar dari UMNO ke dalam PKR.

Malam ini bekas Naib ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Norasidi Salim yang suatu masa dulu telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO bersama 151 orang ahli dalam Bahagian itu pada 11hb Ogos 2008 yang lalu telah secara rasminya menjadi Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan pula.

Norasidi Salim bersama kira-kira 100 orang bekas ahli PKR menyerahkan borang untuk kembali ke pangkuan Umno kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Umno Wilayah Persekutuan di sini dengan mendakwa tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Norasidi Salim ketika meninggalkan UMNO dulu telah berkata beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil tindakan ‘decisive’ itu kerana sudah kurang yakin UMNO akan dapat memperbetulkan keadaan untuk menjadi terus releven.

Ketika melompat masuk PKR dulu, sahabat-sahabat lompatannya telah berkata “UMNO tidak mungkin dapat memperbetulkan keadaan dan kita tidak lagi perlu bersusah-payah mempertahankannya.”

Sahabat-sahabatnya juga telah berkata “Kalau setakat Pak Lah yang lemah boleh lagi dibendung, tetapi yang nak mengambil alih mengikut pelan peralihan kuasa itu ialah orang yang terlalu kontroversial dan kami tidak nampak kita akan memerintah lagi! Jadi buat apa nak tunggu

Salah saorang rakannya telah berkata, “Pemimpin-pemimpin masih dengan sikap lama mereka, dengan menekan dan memaksa orang bawah untuk menerima sahaja apa yang mereka lakukan di peringkat atas,”.

Dan hari ini pula Norasidi dan rakan-rakannya itu telah berkata “Kebelakangan ini kita juga dengar saranan daripada kepimpinan PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan ketua penerangan supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti supaya keluar parti.

“Oleh yang demikian jelas demokrasi dalam PKR sudah tidak wujud lagi, hanya sikap diktator sahaja yang menjadi amalan,”

Norasidi juga telah menunjukkan sifat UMNO yang masih menebal dalam dirinya dengan berkata “ jika mahu berkhidmat tak akan nak guna air liuh sahaja, wakil rakyat perlukan duit.”

Ketahuilah ramai pemimpin-pemimpin PKR bermula dari Ranting hingga ke Pusat yang memegang jawatan itu ramai yang datangnya dari UMNO.

Mereka meninggalkan UMNO bilamana mereka merasai mereka tidak mungkin akan memiliki kuasa jika terus bersama UMNO. Mereka meninggalkan UMNO bila mereka merasakan UMNO sudah tidak mampu memberikan mereka apa yang mereka inginkan.

Dan kini bila DSAI berada di ambang penjara kita akan menyaksikan Ahli-ahli PKR yang dulunya Ahli UMNO akan kembali kepangkuan UMNO meninggalkan pula PKR

Meninggalkan Ahli-ahli yang benar-benar ikhlas menentang kezaliman dan salah guna kuasa UMNO tanpa mengharapkan balasan dari Parti, Ahli-ahli yang hanya mengharapkan Malaysia yang lebih ADIL!!


Bekas bendahari PKR Wilayah sah kembali Umno

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim malam ini menyerahkan borang untuk kembali ke pangkuan Umno dengan mendakwa tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Beliau yang berada dalam PKR tidak sampai dua tahun juga meramalkan akan ada wakil rakyat bakal keluar parti jika rasa puas hati khususnya yang berkaitan dengan masalah peruntukan kewangan berterusan.

“Kalau masalah berterusan, kalau parti tidak jaga wakil rakyat tidak mustahil wakil rakyat pun keluar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, jika mahu berkhidmat “tak akan nak guna air liuh sahaja, wakil rakyat perlukan duit.”

Norasidi tidak merujuk kepada mana-mana pihak tetapi sejak kebelakangan ini ada wakil rakyat PKR yang merungut berhadapan dengan masalah kewangan dan peruntukan menjaga kawasan mereka.

Perkara ini pernah diketengahkan oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Teng, salah seorang wakil rakyat yang disebut-sebut bakal keluar PKR.

Malah kata Norasidi, setiap tindak tanduk kepimpinan PKR kini diselubungi agenda persendirian.

“Selepas pilihan raya 2008 rakyat mempunyai harapan yang besar terhadap PKR.

“Bagaimanapun pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya bertelingkah sesama sendiri,” kata bekas naib ketua Umno Bandar Tun Razak.

Bekas ketua pegawai eksekutif Rakyat Merchant Bank ini menyertai PKR selepas pilihan raya umum ke-12.

Kata Norasidi beliau mengambil keputusan muktamad selepas Datuk Salehuddin Hashim melepaskan jawatan setiausaha agung awal bulan lalu.

Beliau bersama kira-kira 100 orang bekas ahli PKR menyerahkan borang kealian untuk menyertai Umno kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Umno Wilayah Persekutuan di sini.

Berita sepenuhnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails