Wednesday, February 24, 2010

Ceh!! Tak ada sambutan rupanya majlis Najib di Pandamaran tu...



PANDAMARAN: Majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Jalan Chan Ah Choo di sini Sabtu lalu, tidak mendapat sambutan kerana hujan lebat.

Malahan majlis itu, bertema 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, telah tergendala lebih satu jam dan Najib terpaksan berucap dalam keadaan serba kekurangan.



Khemah-khemah di sediakan untuk orang ramai terbang dan makanan yang di sediakan basah kerana hujan.



Najib yang datang ke majlis pada pukul 8.45 malam terpaksa singgah ke rumah-rumah orang Cina bersebelahan kononnya beramah mesra pada hal majlis tergendala akibat hujan.

Penganjur majlis terpaksa meminta sukarelawan untuk memanggil orang ramai kerana pengunjung majlisnya terlalu sedikit. Media arus perdana menghebohkan bahawa lebih kurang 8,000 penghunjung menjamu selera tetapi jumlahnya adalah kurang daripada 3,000 sahaja.




Najib yang mula berucap pada 10.00 malam seringkali menyindir Pakatan Rakatan. Beliau berkata majlis sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Banting pada hari yang sama adalah sesuatu kurang bijak dan tidak dapat menggagalkan majlis ini.

Turut hadir ialah, isterinya Datin Sri Rosmah Mansoor, Menteri Penerangan dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Presiden MCA Ong Tee Keat, Presiden MIC Datuk Seri S.Sammy Velu , timbalan menteri S.K Devamani dan A. Kohilan Pillay.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails