Thursday, February 11, 2010

Bila Kerajaan dah tak ada DUIT, Dana dan Bajet mula dipotong..

Walaupun secara purata potongan dana adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus, tetapi dilihat dari segi organisasi individu khususnya sekolah, pengurangan ini melibatkan 50 hingga 100 peratus.

Paling ketara ialah di peringkat Kementerian Pelajaran, kursus dan seminar untuk guru dikurangkan dan ada yang dibekukan.




Agensi awam ketatkan bajet, dana dipotong hingga 15 peratus

Oleh G. Manimaran

NUTP menyatakan bahawa pemotongan dana persekolahan mungkin dalam lingkungan 50-100 peratus. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, Feb 11 — Kesan kegawatan ekonomi dunia mula dirasai agensi-agensi awam yang kini berhadapan dengan bajet ketat ekoran pengurangan dana secara purata, dipercayai antara 10 hingga 15 peratus, sejak awal bulan lalu.

Kadar potongan dana bergantung pada nilai perkhidmatan agensi masing-masing.

Malah ada agensi kerajaan yang mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka sehingga 20 peratus.

Difahamkan langkah itu diambil sejak awal bulan lalu ekoran langkah kerajaan yang memperkenalkan semula perbelanjaan berhemah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2010 Oktober lalu.

Kerajaan pernah berbuat demikian ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98.

“Usaha kurangkan perbelanjaan sudah dilaksanakan sejak awal bulan lalu... walaupun tiada pekeliling rasmi mengenai potongan kadar perbelanjaan, tetapi kami difahamkan secara purata ia melibatkan 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi bagi sesetengah jabatan, kadar itu boleh dikatakan melebihi 15 peratus, bergantung pada peranan dan fungsi agensi terbabit,” kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs merupakan badan induk bagi kesatuan sekerja awam negara ini.

“Berdasarkan pertemuan dengan jabatan-jabatan awam, kami pernah dimaklumkan banyak langkah perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah diambil untuk mengurangkan kos sebagaimana disaksikan lebih 10 tahun lalu semasa kegawatan ekonomi,” kata beliau.

Beliau percaya bahawa kesan potongan perbelanjaan ini, banyak agensi awam mula mengurangkan penggunaan kakitangan kontrak.

“Kakitangan kontrak ini sudah lama bekerja, ada yang bekerja 10 tahun, ada yang lebih 10 tahun tetapi mereka mula dibuang,” katanya.

“Sehingga Disember 2009, kira-kira 5,000 kakitangan kontrak dihentikan dan perkhidmatan mereka tidak diperbaharui kerana mahu menjimatkan kos operasi,” katanya.

Malah menurut beliau, ada juga agensi awam yang mengurangkan bayaran kerja lebih masa.

Sebagai ganti kepada bayaran kerja lebih masa, ada agensi yang membayar dalam bentuk cuti gantian bukannya duit.

“Jadi dalam keadaan macam ini kami meminta kakitangan awam yang tidak dibayar elaun kerja lebih masa supaya lakukan kerja sambilan, bukannya bekerja lebih masa yang tidak dibayar gaji,” katanya.

Pengurangan kursus dan latihan kerja juga sudah mula diambil, malah di kebanyakan agensi ia diadakan sebagai program dalaman berbanding dulu diadakan di hotel dan di lokasi jauh dari pejabat.

“Malah ada organisasi tidak menyediakan minuman dan makanan ringan kecuali air mineral apabila mengadakan mesyuarat... malah bilangan mesyuarat yang diadakan juga dikurangkan,” katanya.

Dalam pekeliling dikeluarkan awal bulan lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Azi Wan Abdullah mengarahkan pegawai pengawal kewangan setiap agensi agar memastikan perbelanjaan awam dibuat dengan cermat, berhemah dan “value for money”.

Seterusnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails