Friday, February 19, 2010

Apa Khabar UMNO Melaka??

Apa Khabar UMNO Melaka?

Isu ni tak nak diperjuangkan kah? Taj nak berdemo kah? Guru yang mengajar pendidikan Islam di Surau-surau dan Masjid-Masjid dipotong elaun ni?

Ada berita yang mengatakan elaun guru Takmir dari RM50 telah dipotong menjadi RM10 sahaja dan ini telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Melaka sendiri melalui surat pekeliling kepada semua Surau dan Masjid.


Apa kejadahnya Ali Rostam buat di Melaka, hari tu terhegeh-hegeh sangat nak tolong bayar tunggakan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang berjumlah RM5.7 juta tu..

Ini yang dikatakan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

Warga Bangla yang datang bekerja disini pun belum tentu mahu bekerja kalau dibayar elaun RM10 saja.. nak mentekedarah apa?

Sungguh memalukan.. Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh UMNO membiarkan elaun guru-guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dipotong hingga tinggal RM10..


Tak malu kat DAP ka? Ala.. parti yang korang kata Anti-Islam tu..

Parti yang korang kata Anti Islam tu lah yang mencadangkan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang sebanyak RM50 menjadi RM550 sebulan..

Kata perjuangkan Islam.. tunggu apa lagi.. Demonstrasi la..


PENGENALAN
• Program Takmir Masjid dan Surau adalah suatu program pengajian pendidikan agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau yang dianjurkan oleh Jabatan/Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

TUJUAN
• Tujuan program ini adalah seperti berikut:-
• Untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada masyarakat dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat Islam yang bertakwa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar;
• Untuk membanteras penyabaran agama Islam yang diselewengkan;
• Umtuk memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahun Islam dan;
• Untuk mengetengahkan tokoh-tokoh agama Islam yang berwibawa sebagai rujukan kepada masyarakat.


Pekeliling Takmir

Kesal elaun guru takmir Melaka tinggal RM10

Wah Saufi

BUKIT KATIL: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kesal dengan sikap kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka yang memotong elaun guru takmir dari RM50 kepada RM10 sahaja bermula minggu ini.

Katanya, jelas sekali kerajaan negeri tidak mengiktiraf peranan guru takmir yang berusaha mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

"Tindakan ini merupakan pengkhianatan kepada Islam di negeri ini dan ini merupakan suatu penghinaan kepada guru-guru tahmir tersebut, apa yang boleh mereka beli dengan RM10, minyak kereta pun tak lepas" katanya.

“Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1Melaka' baru-baru ini, tak kanlah kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?" soal beliau pada ceramah Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS kawasan, di sini malam tadi.

Isu pemotongan elaun itu dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui surat yang diedarkan kepada semua guru takmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh negeri.

Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.

Sehubungan itu, Kamaruddin mendesak kerajaan negeri membatalkan surat tersebut dan menaikkan elaun guru-guru takmir bagi memberikan galakan kepada mereka untuk lebih berdedikasi mendidik umat Islam khususnya anak-anak muda yang semakin melupai agama.

Beliau berkata, di saat maksiat dan gejala sosial yang semakin membarah, kerajaan negeri sanggup memotong elaun guru-guru takmir yang seolah-olah peranan mereka diabaikan dan tidak memberikan keuntungan kepada masyarakat.

HarakahDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails