Tuesday, February 23, 2010

Alahai... Penatlah Pemuda BN nak berdemo kali ini...

Dulu depan kedutaan Australia pasal mereka menuduh Australia ingin campur tangan dalam kes DSAI..

Ni lagi banyak dah ni.. Kena buat schedule untuk Demonstrasi nampaknya Pemuda UMNO/BN kali ini.. ha.. ha.. ha..




Masyarakat antarabangsa tolak Konspirasi II

Tue, Feb 23, 2010

Oleh Dzulkarnain Taib

GELOMBANG antarabangsa untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka semakin rancak apabila lebih ramai ahli parlimen negara luar membantah secara rasmi pertuduhan fitnah liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Setakat ini, ulama tersohor antarabangsa, pemimpin kerajaan di Turki dan beberapa negara Islam lain serta wakil parlimen di Australia dan senator Amerika Syarikat telah menyuarakan rasa kesal atas perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Australia, Michael Danby yang mengetuai petisen 50 wakil parlimen, yakin lebih banyak negara dan pertubuhan antarabangsa akan membuat pendirian terbuka menyokong Anwar.

"Saya maklum Jabatan Negara Amerika telah melahirkan kebimbangan mereka… dan ramai lagi wakil badan legislatif di rantau ini yang telah menyatakan minat untuk mengikut langkah ahli Parlimen Australia," beliau memberitahu Suara Keadilan.

Danby berkata, masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya amat mengambil berat dan bimbang terhadap tuduhan tidak berasas ke atas Anwar yang beliau sifatkan sebagai seorang tokoh dunia yang penting.

Danby berkata, bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengadakan pertemuan dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis adalah cukup untuk sesiapa sahaja mencurigai kewibawaan pertuduhan terhadap Anwar.

Di Jakarta, pejuang hak asasi dan bekas Penasihat Presiden Indonesia Dr Adnan Buyong Nasution akan menerajui kempen ‘Keadilan Untuk Anwar’ peringkat Asia Tenggara.

Antara lain kempen itu akan mengumpulkan satu juta tanda tangan bagi mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan fitnah terhadap Anwar.

"Pilihan Dr Adnan Buyong Nasution untuk mempelopori inisiatif ini pada peringkat ASEAN, adalah tepat kerana beliau merupakan peguam hak asasi manusia yang terkemuka," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Dr Adnan akan dibantu oleh kumpulan anak muda dan golongan belia Indonesia yang aktif dalam perjuangan hak asasi.

"Beliau yakin umat Islam Indonesia seramai 220 juta akan teguh berdiri di belakang Datuk Seri Anwar kerana mereka percaya tuduhan ke atas beliau adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali," kata Shamsul.

Shamsul berkata, kempen ‘Keadilan Bagi Anwar’ akan diperhebatkan lagi sempena lawatan rasmi Presiden Barack Obama ke Indonesia pada Mac depan bagi mengeratkan hubungan dua hala AS-Indonesia.

Ini termasuk menyampaikan petisen kepada Presiden Obama bagi mendesak agar pentadbiran Amerika memberi tekanan kepada Malaysia supaya pertuduhan jahat terhadap Anwar digugurkan.

freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails