Wednesday, February 24, 2010

AKU TAK PEDULI !!

Lagu ini ditujukan Khas buat PM yang tersayang.. PM yang tak mempedulikan nasib Rakyat Malaysia..

Kalau PM tak dengar pun sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi blog aku ni dipersilakan mendengar..

Terimalah... AKU TAK PEDULI!!




Harga Ikan Naik 1 Mac, Najib Tak Peduli Rakyat

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 24 Feb - Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak di pasaran sekaligus menambah beban kepada rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, S Manikavasagam berkata, kenaikan harga ini bakal mengundang kesulitan kepada para pembeli berikutan pelbagai barangan harian turut dinaikkan kebelakangan ini. Beliau juga menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenang-wenang bertindak sedemikian tanpa mempedulikan kesusahan yang dihadapi rakyat.

"Ini bukan masanya untuk menaikkan harga barangan. Tindakan beliau bersama pimpinan Barisan Nasional di bawah kementerian berkaitan menyusahkan rakyat. Tak perlu tunggu sampai 1 Mac, saya dapati sekarang harga ikan di pasar-pasar memang sudah mahal. Malah jika peraturan tersebut berkuatkuasa awal Mac nanti, ikan akan dijual dengan harga lebih tinggi," katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

"Nasib rakyat miskin terutamanya akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekaligus membebankan mereka.

Ahli Parlimen Kapar ini juga berkata fenomena ini mengakibatkan ekonomi negara terjejas apabila pelabur luar negara 'lari' kesan kenaikan harga barangan tidak terkawal di Malaysia.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengimport Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia yang mewakili semua 40 pemborong ikan tempatan dalam mesyuaratnya semalam membuat keputusan akan memberhentikan pengimportan ikan dari negara jiran jika membekukan penggunaan kotak ikan plastik yang diguna pakai sekarang.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Yusoff Ismail berkata secara purata pemborong tempatan mengimport kira-kira 1,000 tan ikan dari negara jiran setiap hari bagi menampung keperluan tempatan.

Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails