Monday, February 15, 2010

Ahmad Ismail dulu Menyinga kini Menikus..

Agak menghairankan.. dulu Ahmad Ismail ni pernah membuat kenyataan bahawa orang Cina adalah pendatang dan pengikutnya pula mengoyakkan gambar Tan Sri Koh Tsu Koon pada 2008 kini beliau kelihatan menikus dan tidak menunjukkan minat untuk menyertai debat isu Melayu Pulau Pinang terpinggir.

Mungkin kerana takut dipulas telinga oleh Koh Tsu Koon..


oleh Fazallah Pit dan Suraya Sanusi

Ketika masyarakat Tiong Hua menyambut Tahun Harimau, bekas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail pula tidak lagi segarang dulu dalam isu melibatkan kepentingan orang Melayu.

Ia berikutan Ahmad yang pernah membuat kenyataan bahawa orang Cina adalah pendatang dan pengikutnya pula mengoyakkan gambar Tan Sri Koh Tsu Koon pada 2008 tidak menunjukkan minat untuk menyertai debat isu Melayu Pulau Pinang terpinggir.

Sebaliknya beliau yang tiada jawatan dalam parti sejak dilucut jawatan berikutan perselisihannya dengan Gerakan Pulau Pinang beranggapan Ketua Umno bahagian lebih layak menyertai debat.

"Saya ingat biar depa dulu. Biarlah ketua bahagian dulu. Sat lagi depa kata saya memandai pulak" katanya kepada TV Selangor.

Ahmad enggan mengulas sama ada beliau akan menyertai debat itu jika ditawar berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan pemilihan pendebat kepada Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang pernah membuat kenyataan 'tembak wartawan' berhubung penulisan berita isu sama, juga tidak selantang dulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga itu enggan memberi sebarang komen dan meminta TV Selangor mendapatkan pimpinan tertinggi Umno Pulau Pinang iaitu Pengerusi Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ini... Saya tak boleh komen, kena tanya Datuk Seri Zahid," katanya.

TV Selangor difahamkan, kedua-dua pemimpin Umno itu dihalang pimpinan atasan parti dari membuat kenyataan berkaitan isu kepentingan Melayu sebagai strategi politik bagi meraih semula sokongan masyarakat Cina dan India.

Setakat ini, hanya Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir menyatakan kesediaan untuk berdebat.

Cabaran untuk berdebat dilontar pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam forum 'anti-fitnah' di Tapak Expo, Seberang Jaya baru-baru, kepada pemimpin Umno negeri.

Forum itu dianjur ekoran tohmahan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang menuduh kerajaan Pulau Pinang, kononnya menghukum peniaga kecil Melayu berbanding Cina.


TVSelangor

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails