Friday, February 12, 2010

4 Ahli Parlimen nak keluar PKR?

Feb 12, 10 10:14am

Para wartawan kini sedang menunggu di Hotel Singahsana di Petaling Jaya di ibunegara untuk menghadiri sidang akhbar ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim, yang dijangka akan membuat satu pengumuman penting.

Zahrain menjadi tumpuan sekarang ekoran tindakannya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar itu pada jam 11 pagi.

Turut bersamanya mensasarkan ketua menteri ialah ahli parlimen PKR, Tan Tee Beng (Nibong Tebal, Penang), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru, Kedah) dan yang terbaru Wee Choo Keong (Wangsa Maju, Kuala Lumpur).


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails