Sunday, January 10, 2010

Umno Juara Rakyat atau Umno Juara MENIPU Rakyat?

Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno bukan parti yang mengamalkan perkauman dan tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaum-kaum lain dalam negara ini.

Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua.

“Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia,” katanya ketika berucap merasmikan Program Umno Juara Rakyat di Bukit Beruntung, dekat sini, hari ini.

“Kalau hendak kata kita (Umno) rasis, itu sudah menafikan sejarah. Umno tidak pernah (bersifat) parti rasis atau parti melampau,” tambahnya.

Nampaknya Najib cuba menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa UMNO itu bukanlah sebuah parti perkauman, sedangkan UMNO itu sendiri adalah sebuah parti yang ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, bukan nasib orang-orang Cina mahupun India.

Mahathir sendiri dalam kenyataannya yang telah disiarkan oleh MalaysianMirror bertarikh 08 Dis. 2008 dibawah tajuk ’Dr M: Nazri should quit racist Umno’ telah mengakui yang UMNO ialah sebuah parti perkauman.

Dari petikan ayat Al-Quran yang Najib bacakan diatas “Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia,”

Najib sendiri menggunakan perkataan Tuhan bagi menggantikan kalimah Allah yang kini sibuk diperjuangkan oleh UMNO dan NGO-NGO yang menyokong mereka, jadi apakah rasionalnya tindakan UMNO melalui pemuda-pemudanya memperjuangkan Kalimah Allah sebagai hak eksklusif umat Islam di Malaysia jika presiden mereka sendiri merasakan tidak perlu menggunakan kalimah Allah tetapi cukup sekadar menggunakan perkataan Tuhan?

Dan adakah adil jika negara kita mempunyai dua undang-undang yang berbeza sepertimana kata Dato Seri Anwar Ibrahim "Satu undang-undang untuk orang bawahan macam Kugan, Macam Teoh Beng Hock, macam Taufik di Perlis semua kes tak diselesaikan kerana undang-undang tidak adil. Bukan ada satu undang-undang .. One for the rich and one for Rakyat. There are 2Malaysia!”

Adakah adil bagi rakyat Malaysia jika terpaksa membayar harga minyak yang berbeza mulai 1 Mei ini? Walaupun kita berada dibawah 1Malaysia..

Najib yang juga Presiden Umno turut menegaskan bahawa Umno tidak pernah berniat untuk merampas kuasa kerana selain mengikut perintah Allah, Umno sentiasa menghormati peranan dan kedudukan kaum lain dalam negara ini.

Jika Najib dan UMNO benar-benar tidak pernah berniat untuk merampas kuasa pasti rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Perak tentu tidak akan mengingati tarikh keramat 4 Februari 2009.

4 Februari 2009 jam, 4.40 petang dimana rampasan kuasa telah dilakukan di Perak.
Najib yang pada masa itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak telah mengumumkan dalam satu sidang media di Putrajaya, 3 ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional lantas memberikan peluang kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri Perak.

3 ADUN, dua orang dari PKR dan seorang dari DAP yang didakwa oleh sesetengah pihak telah diugut dan dibeli untuk menyokong Barisan Nasional. Walau apa pun alasan yang diberikan kerana mereka inilah kuasa Pakatan Rakyat di Perak telah dirampas oleh Barisan Nasional Perak yang diterajui oleh Najib.

Najib juga berkata “Sehingga hari ini kita pertahankan kaum lain di samping memperjuangkan nasib orang Melayu.

Kaum apakah yang dimaksudkan oleh Najib itu? Tidakkah kaum penan di Serawak juga adalah rakyat Malaysia? Jadi kenapakah laporan oleh Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang mengesahkan dalam laporan mereka bahawa memang ujud kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di Sarawak oleh pembalak – pembalak masih tiada penghujungnya?

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan October 2008 juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia seawall 10 tahun juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu – pemandu lori balak yang ditumpangi oleh mereka untuk ke sekolah..laporan ada di sini.

“Jadi jangan tuding jari mengatakan Umno ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno ini jahat. Saya katakan di sini, kita mengutuk perbuatan itu dan mahu berlaku adil...kalau polis boleh cari siapa yang melakukan perkara ini, kita hukum dia dengan adil dan saksama,” tegas Najib.

Najib perlu tahu rakyat menuding jari pada umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin umno yang rasis. Najib mungkin mudah lupa pepatah melayu yg berbunyi 'siapa yg menanam dialah yg menuai hasilnya'. Kini umno sedang menerima akibatnya.

Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan ngo yang dimangsakan oleh politik jahat umno, peristiwa mencium keris oleh Hishammudin dengan sentimen perkauman,peristiwa serangan individu pemuda umno keatas Yb.Karpal Singh di Parlimen, peristiwa memijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald dimana kenyataan Najib PM dan Hishammudin seolah olah menggalakkan tindakan tersebut.

Bila Gereja dibakar UMNO memang wajar dipersalahkan kerana UMNO yang menerajui BN memerintah negara selama hampir 52 tahun telah berjaya menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.

Jadi tak perlulah Najib menipu rakyat dengan mengatakan UMNO bukan parti racist, UMNO juga memperjuangkan kaum-kaum lain, UMNO tidak berniat merampas kuasa dan bermacam-macam lagi alasan agar rakyat kembali menyokong UMNO kerana kini rakyat bukan bodoh!

Program yang dirasmikan oleh Najib ini iaitu ‘Umno Juara Rakyat’ rasanya lebih sesuai jika dinamakan sebagai ‘UMNO Juara MENIPU Rakyat’..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails