Tuesday, January 12, 2010

Tarif elektrik dijangka naik pulak dah!!

Selepas gula dinaikkan 20sen, roti dinaikkan antara 40 hingga 50 sen, Tol yang akan diumumkan bila-bila masa sahaja, Minyak yang dijangka berubah harganya pada bulan Mei ini dan Broadband yang sedang dikaji kadar bayaran perkhidmatannya..

Dan hari ini seorang penganalisa dari AmResearch meramalkan Tarif elektrik dijangka naik




PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.

freemalaysiatoday



err.. Najib kata naik sikit tak apa... Janji Rakyat SELESA!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails