Sunday, January 3, 2010

Tak payah sebat la.. Buang masa saja!

Dalam bentuk fizikal, tubuh badan MB Negeri Sembilan itu tidak sedikitpun terjejas. Sakit? sikit pun tidak, yang letih ialah orang-orang yang menjalankan hukuman sebat itu. Lainlah kalau Replika tu dah di jampi dengan mentera Vodoo dulu sebelum disebat.


gambar dari blog Chegubard

Sebahagian artikel yang dipetik dari blog cheguBard

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”


Memang benar mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008 kerana Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Tetapi apakah rasionalnya semua ini? Apakah tindakan menyebat replika MB Negeri Sembilan ini akan memberikan kesan kepada beliau? Adakah mereka-mereka yang menjalankan hukuman sebat itu memikirkan apa persepsi masyarakat terhadap tindakan mereka itu?Tidakkah ini juga boleh dikatakan tindakan mengarut atau sekadar membuang masa?

Dalam bentuk fizikal, tubuh badan MB Negeri Sembilan itu tidak sedikitpun terjejas. Sakit? sikit pun tidak, yang letih ialah orang-orang yang menjalankan hukuman sebat itu. Lainlah kalau Replika tu dah di jampi dengan mentera Vodoo dulu sebelum disebat.

Dari segi psikologi pula tindakan ini mungkin akan menimbulkan rasa marah dalam diri MB Negeri Sembilan itu tetapi untuk menimbulkan rasa bersalah dengan tindakannya menyeludup RM10 Juta itu mungkin jauh sekali.

Mungkin mereka-mereka yang bertindak menjalankan hukuman sebat ini kecewa kerana tindakan menghantar surat kepada Mohammmad Hassan memohon penjelasan laporan tentang dakwaan dipandang sepi oleh Mohammad Hassan manakala laporan polis yang dibuat tiada tindakan susulan oleh pihak polis jadi perbicaraan pun dijalankan oleh mereka didalam dunia mereka sendiri dan hukuman dijatuhkan mengikut undang-undang juga dalam dunia mereka sendiri.

Mereka ini bolehlah dikatakan berjaya menunjukkan kesungguhan mereka dalam menangani gejala salah guna kuasa tetapi adakah mereka berjaya dalam memenangi hati masyarakat pengundi? Masyarakat yang menyokong PR mungkin akan menyokong tindakan mereka tetapi bagaimana pula dengan golongan masyarakat atas pagar?

Golongan atas pagar yang tidak faham tindakan mereka mungkin tertanya-tanya untuk apa semua ini? Negara kita ada undang-undang tetapi kenapa mereka ini menjalankan undang-undang sendiri?

Kenapa tidak mereka yang menjalankan hukuman sebat ini turun kealam nyata berjumpa dengan masyarakat, menerangkan dan menyakinkan masyarakat tentang apa implikasi dari jenayah memindahkan wang keluar negara kepada negara.. kan itu lebih baik.

Lagipun kita telah kalah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan semasa PRK Bagan Pinang yang lalu… walaupun apa hujahnya kita tetap telah kalah disitu, jadi lebih baik kita cuba memenangi hati rakyat yang akan memenangkan Pakatan Rakyat daripada kita menyakitkan hati Mohammad Hassan tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails