Wednesday, January 27, 2010

Suara Keadilan telah diganti oleh Utusan Malaysia ?

Pagi ini ketika menjenguk ke UtusanOnline, aku agak sedikit hairan kerana banyak artikel yang disiarkan oleh mereka memberi liputan kepada PKR..

Hairan juga aku.. aku pada mulanya tak berapa percaya dengan apa yang aku baca disitu, jadi aku refresh 2 atau 3 kali nak memastikan yang aku sedang baca itu Suara Keadilan atau Utusan Malaysia.. rupa-rupanya memang benar Utusan Malaysia bukan Suara Keadilan..

Cuba tengok dan baca, ada sekurang-kurangnya enam berita atau artikel mengenai PKR.. jangan terpengaruh sudahlah....




Dalam ruang Berita Utama Utusan Malaysia Online hari ini.. berita utama.. bukan sisipan sedara..

Rela dipecat
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam.

Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu.

Zulkifli dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR
PETALING JAYA 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas, akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya hari ini.

Bukan Islam boleh guna Allah
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Pendirian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.”


Manakala dalam ruang politik pula..

Nordin dakwa Anwar bersikap seperti 'diktator'
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersikap seperti 'diktator' dan tidak akan mendengar pandangan ahli partinya kerana beliau bimbang muslihat yang disusun, akan musnah di tangan pengikut sendiri.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, sejak awal penubuhan parti itu, segala keputusan ditentukan oleh Anwar seorang diri.

Azan diharap kembali ke pangkuan UMNO
KUALA TERENGGANU 26 Jan. - "Atas dasar persahabatan, saya harap Azan dapat kembali semula ke pangkuan UMNO kerana beliau dilahirkan menerusi 'kilang' UMNO".

Demikian nasihat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga sahabat baiknya. Menurut Syed Anuar, Azan yang baru melepaskan jawatan selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semalam merupakan pendokong kuat UMNO suatu ketika dulu.

Disaran jadi wakil rakyat Bebas
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails