Saturday, January 16, 2010

Serang Gereja : Masih terkawal.. jumlah meningkat menjadi 10 kini...

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Jan 16 — Gereja Grace Global Prayer di Rasah, dekat Seremban, diserang lewat petang tadi dengan tingkapnya didapati pecah, menjadikan kes yang ke-10 setakat ini — dipercayai berkait rapat dengan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat insiden tersebut.

Ia merupakan kejadian terakhir gereja di pelbagai lokasi di seluruh negara diserang dengan bom petrol dan perbuatan vandalisme sejak awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa satu objek telah dilemparkan dengan kuat ke arah tingkap gereja tersebut.

Pekerja-pekerja gereja menyedari kemusnahan kira-kira 7.30 malam tadi.

“Kami sedang menyiasat dan akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan sekitar gereja,” katanya.

Selain sembilan gereka menjadi sasaran serangan dan kerja vandalisme termasuk satu di Miri setakat ini, kuil Sikh di ibu negara dilembarkan dengan 15 ketul batu tiga hari lalu.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails