Friday, January 15, 2010

Serang Gereja : Khir Toyo tuduh PAS?



Bekas Doktor Gigi Khir Toyo yang telah membina Istana yang dikatakan berharga RM24 Juta ini melalui hasil kerjanya sebagai Doktor Gigi suatu masa dulu telah menulis dalam N3 yang disiarkan melalui blog beliau pada hari Rabu 13, 2010 bertajuk ‘Cari Jalan Penyelesaian segera isu Kaimah Allah’,

Dalam penulisannya itu katanya beliau tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi tulisannya ditujukan hanya kepada PAS, Parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini..Adakah Khir Toyo cuba mengatakan bahawa PAS yang menjadi punca insiden menyerang gereja.

Mewujudkan kekacauan dan huru-hara bukan cara UMNO. Sebagai salah sebuah parti pemerintah, UMNO memahami keperluan kestabilan politik dan keamanan bagi memulihkan ekonomi. Rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika berlaku huru-hara dan masalah ekonomi akibat ketidakamanan ini. Justeru apa perlu UMNO mencetuskan huru-hara jika ia tidak mendapat sebarang keuntungan politik pun?

Pada perengan ke lima artikel beliau, beliau telah menulis ‘Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Namun bukankah aneh ada satu pihak yang dahulunya begitu ektsrem dalam pendekatan Islamnya hari ini menjadi begitu liberal. Pihak ini jugalah sekarang menuduh UMNO di sebalik kejadian pembakaran gereja ini. Mereka melakukan tuduhan ini untuk meraih undi orang kristian dalam pilihan raya akan datang.’

Beliau juga telah menulis ‘Pihak yang sama mendakwa demontrasi oleh badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam malaysia (PKPIM)sebagai agen UMNO. Aneh sekali kerana NGO ini sejak dahulu terkenal bersimpati dengan sebuah parti orang Islam, bukan UMNO. Saya berterima kasih kepada kedua-dua NGO ini yang dapat melihat isu agama melangkaui sempadan dan batas politik kepartian’

Adakah Khir Toyo menuduh PAS yang mendalangi semua insiden yang telah timbul, berikutan dari Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah didalam penerbitannya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails