Saturday, January 9, 2010

Selepas Gula dan Minyak, Kadar Tol pula akan dinaikkan..

Bila kerajaan melakukan kajian mengenai Harga Minyak hasilnya minyak dinaikkan harga, Bila harga gula dikaji hasilnya juga sama iaitu harga gula dinaikkan..

Minggu lepas nak kaji harga Broadband dan hari ini Najib berkata Kajian kadar baru tol di peringkat akhir pula.. maka hasilnya sudah tentu seperti biasa. Kadar Tol terpaksa dinakkan lah jawapannya...

PETALING JAYA, Jan 8 — Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

“Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti,” katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah ‘munasabah’ kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

“Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

“Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

“Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung

kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails