Sunday, January 24, 2010

Samada Anwar bersama atau tidak, Kami tetap akan mara!!

Oleh Syed Jaymal Zahiid

ULU YAM, Jan 24 – Penasihat DAP Lim Kit Siang meskipun mengulangi kebimbangan ramai bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan terjejas tanpa kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk terus mara - sasaran menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Orang kuat DAP itu percaya bahawa PR yang kini menguasai empat negeri semakin berkembang dan mantap sejak ia ditubuhkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Beliau tidak menolak kebimbangan di kalangan komponen PR dan penyokong-penyokongya bahawa ikatan pembangkang peringkat persekutuan itu akan musnah jika Anwar, ketua umumnya, diheret ke penjara dalam perbicaraan kes liwat keduanya.

“Sudah pasti kami bimbang dan kami tidak mahu melihat beliau dimasukkan ke dalam penjara kerana tuduhan yang direka ini, tetapi (ketiadaan beliau) bukan perdebatan utama memandangkan PR secara terus melangkah dengan matlamat perjuangannya,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini kepada The Malaysian Insider selepas majlis makan malam kempen DAP di sini.

“Kami sudah bersedia,” kata ahli politik veteran ini yang pertama kali dipilih sebagai anggota Dewan Rakyat pada 1969.

Anwar dilihat sebagai faktor utama yang menggandingkan ketiga-tiga parti komponen dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS di sebalik perbezaan ideologi masing-masing.

Ramai khususnya penentang Anwar dan penyokong-penyokong PR percaya kesemua usaha itu akan terjejas sekiranya penasihat PKR itu disabitkan dalam kes liwat keduanya, yang dijangka bermula awal bulan depan.

Pemimpin-pemimpin PR pula percaya bahawa ia merupakan usaha untuk membunuh kerjaya politik Anwar dan juga pengaruh PR.

Anwar sendiri sudah mengambil langkah-langkah awal dengan mengadakan pelbagai program langsung dan tidak langsung termasuk ceramah, taklimat kepada diplomat asing dan mengedarkan bahan-bahan penerangan sejak sebulan yang lalu.

Kes liwat kedua, usaha membendung rasuah sejak seminggu lalu dan tanggapan bahawa PR anti-Islam telah memaksa ikatan ini mengadakan perhimpunan di seluruh negara untuk mengekalkan sokongan kepada mereka dalam menghadapi kempen agresif kerajaan persekutuan BN.

Lim bagaimanapun kekal optimistik bahawa PR dan pengundi mereka - sebagaimana dikehendaki oleh Anwar - sudah matang dan sudah mula meninggalkan “politik ikon” dan akan memikat undi berdasarkan landasan siapa yang boleh memberikan kerajaan yang baik.

“Ya, Anwar telah memainkan peranan unik dengan membawa kami bersama tetapi selepas dua tahun, saya percaya PR telah terbukti bahawa ia boleh kekal bersama dan kami boleh pergi tanpa beliau,” katanya.

Lim dan rakan-rakannya percaya bahawa Dasar Bersama PR yang diterima pakai pada konvensyen sulungnya pertengahan bulan lalu merupakan salah satu pencapaian penting ikatan itu dan ujian kepada kesungguhan ketiga-tiga komponen untuk terus bekerjasama.

Dasar itu merupakan manifesto bersama PR dalam usahanya menggulingkan BN dari Putrajaya.

Bagaimanapun para pemerhati masih sangsi dengan dasar bersama itu, yang dilihat sebagai terlalu superfisial, sama ada cukup kuat untuk mengatasi perbezaan ideologi di kalangan komponen khususnya antara PAS dan DAP.

Datuk Zaid Ibrahim dari PKR pernah mengesyorkan agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua umum PR apabila ia didaftarkan sebagai ikatan formal.

Bagaimanapun sokongan kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk peranan tersebut masih samar-samar

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails