Monday, January 18, 2010

Raja Petra ! Tunjuk muka jika ada dalam negara.. err biar kami tangkap!

Beberapa bulan yang lepas Musa Hassan telah mengatakan bahawa Raja Petra Kamaruddin telah bersembunyi di Melbourne. Musa Hassan juga berkata polis telah mengesan Raja Petra telah menyusup masuk ke Thailand secara haram untuk berlepas ke Australia..

Kemudian Mingguan Malaysia melaporkan pada Disember yang lalu Raja Petra dipercayai telah bersembunyi di Trinity Court Apartments di Gloucester Terrace,Manchester, London.

Dalam berkata mereka tahu dimana Raja Petra berada, tiba-tiba Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mencabar Raja Petra untuk menunjukkan dirinya jika benar beliau berada dalam Negara..

Alahai Tan Sri.. Kalau dah tahu dimana Raja Petra berada kenapa perlu mengeluarkan cabaran begitu, tidakkah itu satu kerja yang sia-sia atau membuang masa? Sekaligus menampakkan yang pihak polis masih tidak dapat mengesan dimana Raja Petra..


SHAH ALAM - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.

“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.

“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.

“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.

“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.

Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing.

Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails