Thursday, January 14, 2010

Raja Petra hilangpun Salah Anwar jugak ?

Bakar Gereja.. Salah Anwar, Anwar kena warning dengan Hishamuddin.. Raja Petra hilangpun, Anwar jugak yang kena..

Ish.. Ish.. Ish.. jahat sungguh Anwar ni ya..


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

''Penjelasan Anwar penting kerana sekiranya beliau mempunyai hubungan dengan dua individu media itu, mungkin mereka merancang memburukkan UMNO di laman-laman blog apatah lagi Kalimullah dikatakan mengendalikan portal berita The Malaysian Insider.

''Sebab itulah Anwar secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas kenyataan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari mengenai penglibatan kroni Anwar bagi membiayai kehidupan Raja Petra di London.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Anuar Shaari mendedahkan Nazri telah menghubunginya setelah tersiar kenyataannya mengenai kroni Anwar menaja Raja Petra di London.

Dalam perbualan itu, Nazri tidak berpuas hati kerana kenyataan Anuar Shaari itu didakwa merujuk kepadanya.

Bagaimanapun, Anuar Shaari menegaskan, kenyataan beliau mengenai kroni Anwar yang menaja kehidupan Raja Petra yang bersembunyi di London itu bersifat umum dan tidak merujuk kepada Nazri.

Mohd. Puad memberitahu, pihak berkuasa juga perlu menyiasat dakwaan itu kerana sekiranya benar, Anwar, Kalimullah dan Nazri mungkin berperanan dalam membantu Raja Petra meloloskan diri secara haram ke luar negara bagi mengelakkan perintah mahkamah ke atasnya.


Utusan Malaysia Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails