Tak sampai setengah setahun jadi Presiden dah kena pecat dah?? ha.. ha.. ha..
Oleh G. ManimaranSHAH ALAM, Jan 17 — Kumpulan 14 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang mencabar kepimpinan R.S. Thanenthiran, hari ini memutuskan untuk memecat beliau sebagai presiden sulung Parti Makkal Sakti, yang dilancarkan Oktober lalu. Ia berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu yang dilihat sebagai satu bentuk ‘penggulingan’ diputuskan susulan keputusan inkuiri yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini pagi ini.
Inkuiri ini menghalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti. Kesemuanya diluluskan sebulat suara.
Bagaimanapun Thanenthiran yang diminta menghadiri inkuiri pagi ini, yang dijadual untuk bermula 9.45 pagi, tidak muncul kerana dipercayai berada di India.
Perjalanan inkuiri ini, yang dipengerusikan salah seorang anggota CC, N. Thakurdas, juga dipantau oleh wakil media.
“Dengan keputusan ini CC memutuskan bahawa Thanenthiran telah ditamatkan keahliannya dan dipecat dari Parti Makkal Sakti berkuat kuasa serta-merta,” kata Thakurdas.
Jawatankuasa pusat Makkal Sakti mempunyai 27 anggota.
Turut menjadi perhatian inkuiri ini diadakan di ibu pejabat Makkal Sakti di sini dengan kumpulan 14 anggota CC terpaksa ‘memecahkan’ pintu selepas ia sekali lagi dikunci, dipercayai oleh kumpulan menyokong Thanenthiran lewat malam tadi.
Laporan polis dibuat oleh kumpulan 14 anggota CC sebelum inkuiri bermula.
Keadaan yang sama dialui kumpulan 14 anggota CC ini pada 19 Dis lalu yang kemudian mengadakan mesyuarat di tempat letak kereta.
Bagaimanapun mereka tidak menghadapi masalah untuk memasuki ibu pejabat parti 9 Jan lalu.
Kumpulan ini yang diterajui timbalan presiden A. Vathemurty.
The Malaysian Insider
