Monday, January 18, 2010

Posting Asal YB Hamidah yang menghina Khalid Samad!

Ini adalah posting asal oleh YB Hamidah Osman ADUN Sungai Rapat, yang telah dengan bangganya menyatakan beliau telah berjaya menghapuskan bukti bahawa beliau telah memasukkan gambar YB Khalid Samad yang disuper Imposed dengan niat menghina keperibadian Muslim YB Khalid.

This is Google's cache of http://hamidahosman.blogspot.com/2010/01/umat-islam-perlu-bersatu.html. It is a snapshot of the page as it appeared on 2 Jan 2010 04:17:30 GMT. The current page could have changed in the meantime.



Bersatulah Umat Islam Untuk Kali Ini

Tahun baru ini bermula dengan episode yang menyedihkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald The Catholic Weekly boleh dianggap sebagai penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain.

Masalah itu berpunca daripada sikap umat Islam sendiri, perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini menyebabkan penganut agama lain secara terang-terangan berani mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Pemimpin politik yang berkuasa dan mempunyai pengaruh masih lagi tidak sedar dan insaf, kebarangkalian pada masa akan datang penganut agama lain untuk terus mengambil kesempatan adalah terlalu besar.

Kalimah Allah merupakan sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran yang pada setiap masa tanpa sebarang kompromi tidak boleh dikongsi oleh mana-mana pihak selain penganut Islam. Menariknya Istilah ‘Allah’ sememangnya tiada dalam 'kamus kitab' agama lain dan jika masih ingin digunakan, ia membawa maksud untuk mempermain-mainkan kesucian kalimah ini.

Mengapa kini baru ditimbulkan soal merujuk tuhan agama Kristian sebagai Allah?. Selama ini tuhan yang mereka sembah itu hanya dirujuk di dalam kitab suci mereka sebagai Lord sahaja.

Tindakan tersebut juga hanya akan menambahkan lagi kekeliruan kepada banyak pihak, keputusan mahkamah itu dikhuatiri bakal mendatangkan kesan lebih buruk seperti kemungkinan tercetusnya pergaduhan dan perpecahan pada masa depan disebabkan perselisihan pendapat.

Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan pertakaan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.

Mana perginya Dewan Pemuda Pas yang begitu lantang selama ini ?, mana perginya ulama Pas yang hanya berdoa untuk kemusnahan bangsa dan agama sendiri sahaja? Bersatulah demi agama ini untuk kali ini.

Apakah ini agenda terancang pihak-pihak gereja untuk mengelirukan umat Islam dengan memanipulasi nama Allah di negara ini?

Kesan dari perubahan ini

Perkara ini telah berlaku di Indonesia pada tahun 1999 dimana pengunakan perkataan Allah mula digunakan, maka lahirlah Gereja Jemaah Allah antara yang Kak Midah pernah lihat di Bandung, Indonesia. Risalah-risalah yang sangat mengelirukatn umat Islam di Indonesia.

Selepas ini, jangan pula hairan jika kita melihat tulisan GEREJA ALLAH bagi menggantikan House Of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS !

Cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti kita dihidangkan dengan ayat "Jesus anak Allah" dan juga "Mary itu wanita pilihan Allah" didalam bible digereja-gereja seluruh negara. Apakah ini tidak menimbulkan kekhuatiran didalam hati sanubari kita?

Bagaimana pula jika generasi muda kita di khabarkan, "Jika kita berdosa kepada ALLAH, jumpalah paderi di gereja untuk pengampunan" ?

Apakah ayat sebegini tidak mengelirukan pemikiran umat Islam terutamanya anak-anak muda muslim yang masih didalam proses mengenal Allah SWT?

Sekalung tahniah buat parti Pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini

Tidak mustahil akan ada lagi beberapa kejutan besar dan semuanya berpunca daripada kelemahan kita sendiri yang terlalu sibuk berpolitik. Fikir, renung dan muhasabah diri sendiri jangan sampai maruah agama terus tergadai.

keputusan mahkamah itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi Negara.

Pandangan Kak Midah ini bukan bermakna umat Islam tidak menghormati keputusan mahkamah, kita terima dan akur sebagai menghormati keluhuran undang-undang tetapi dengan perasaan penuh dukacita dan sedih yang mendalam.

Semoga Allah merahmati kita semua


Kak Midah


Posting asal ini telah dikorek keluar oleh DPPSA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails