Thursday, January 14, 2010

Polis TERLUPA Tahanan dah MATI dalam tahanan..

Terlupa? Terlupa untuk membuat laporan tahanan yang mati depan mata? Terlupa pada tanggungjawab atau tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul?

Bagaimana pula agaknya kalau polis terlupa untuk mengunci pintu lokap? Terlupa dimana diletakkan pistol? Terlupa bagaimana untuk menggunakan pistol? Terlupa undang-undang negara?

Tak bertanggungjawabnya alasan yang diberikan..

Tanggungjawab terhadap tugas boleh terlupa... tapi bila nak ambil gaji tak terlupa pulak..


KUALA LUMPUR, 14 Jan - Mahkamah Majistret di sini diberitahu laporan kematian seorang tahanan polis, R. Gunasegaran yang didakwa atas kesalahan dadah pada 16 Julai lepas, tidak dilakukan atas alasan terlupa untuk berbuat demikian.

Kpl Norazman Mohamad, 45, menjelaskan Sjn Mej Rajinder Singh merupakan pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan itu dan menyatakan Rajinder mungkin terlupa untuk membuat laporan itu.

Ketika pemeriksaan balas peguam M. Visvanathan yang mewakili keluarga si mati, Norazman, saksi ketiga pendakwaan yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, bersetuju dengan cadangan Visvanathan akan kepentingan laporan kematian itu dan ia sepatutnya dilakukan.

Norazman menjelaskan tugasnya hanya merekodkan laporan yang dibuat selepas pegawai lain memberikan maklumat lengkap, dan kemudian akan membuat tiga atau empat salinan untuk rujukan pegawai yang bertugas.

Inkues itu dijalankan bagi menentukan punca kematian Gunasegaran, 31, yang pengsan ketika proses merekod cap jari antara pukul 6.45 hingga 7 petang semasa dalam tahanan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7.40 malam.

Norazman, 44, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil peduli ketika kejadian Gunasegaran jatuh pengsan kerana sibuk untuk menyiapkan dokumen pengesanan ujian dadah untuk tiga suspek lain pada hari yang sama.

"Mangsa juga tidak sempat melakukan sebarang ujian air kencing dan hanya sempat menyiapkan rekod cap jari saja dan itupun hanya dapat disiapkan sekeping," katanya.

Terdahulu, pegawai perubatan HKL, Dr Al Hilmi Saim, 32, memberitahu mahkamah ketika Gunasegaran dibawa ke bahagian kecemasan hospital itu beliau mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Selepas melakukan pemeriksaan seperti denyutan nadi dan degupan jantung saya dapati tiada sebarang tanda yang menunjukkan mangsa masih bernyawa. Lagipun ketika memeriksa pergerakan mata mangsa juga tiada pergerakan dan rangsangan terhadap cahaya wujud," katanya.

Inkues di hadapan Koroner Siti Shakirah Mohtarudin bersambung 19 Jan.



BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails