Saturday, January 30, 2010

Perjuangan perlu diteruskan kata Khalid Samad

Kalau benar bagai dikata, Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya masih ada lagi pemimpin yang tidak mementingkan jawatan.

Jangan jadi macam di Pulau Pinang ni sudahlah.. mengaku diri tu pejuang tulin, tak pentingkan jawatan.. tapi bila tidak dilantik semula sebagai Ahli Majlis, terus melompat siap panggil TV3 dan Utusan lagi buat kenyataan.

Kenyataan yang kononnya ada bukti tapi akhirnya terbukti FITNAH...


Khalid: Jawatan tak penting

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.

Antara jawatan itu, termasuk YDP kawasan Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.

“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.

Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails