Sunday, January 17, 2010

Kalimah Allah : ANCAMAN SYAHID - tidakkah ini lebih merbahaya?

Mohamad Tasyrif, pelajar tahun pertama jurusan perfileman ditahan sementara menunggu sebutan semula kesnya.

Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Komennya itu dikatakan boleh mengancam keselamatan orang lain, tetapi cuba bandingkan komennya itu dengan komen ini, Komen yang telah ditulis dibawah tajuk “Patutkah kita berperang dan mati Syahid, di dalam Facebook group ‘Menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Muslim’.

“Doakan aku dan saudara-sauaraku agar syahid di medan tempur..jika itu akan menamatkan perbalahan antara orang Islam dan Kristian laknatullah.biar mati daripada melihat Islam di pijak2..”

Dan juga komen ini “Cara orang berpolitik adalah dengan diplomasi..tapi aper dah jadi?mana wakil2 gereja yang menuntut hak menggunakan kalimah Allah untuk akhbar gereja2 di malaysia?ahli politik jgn masuk campur.ini urusan mufti2 dan orang2 yang pakar agama.isu ini bukan isu politik.ini isu agama.bukan senang2 kita nak berhujah tanpa nas2 yang sahih.isu azan, isu murtad, isu ahli politik bukan islam mengunakan ayat2 Quran untuk berkempen.dan yang menyedihkan ada orang islam yang bersorak mengiyakan bacaan tersebut..apa kesudahannya?balik2 kita yang mengalah.sampai bila kita nak mengharapkan org yang bukan arif tentang agama menyelesaikan..dan sampai bila parang, kerambit, golok, pedang, keris yang di pusakai nak di biarkan berkarat...?ini BUKAN citer politik...ini isu AGAMA TAUHID...ALLAH HUAKHBAR..!!!!



Click image to enlarge view


Click image to enlarge view

Kedua-dua komen diatas telah ditulis oleh seseorang yang menggunakan akaun pengguna Fadzil Muhammad . Tidakkah komen oleh Fadzil Muhammad ini lebih jelas mengancam keselamatan orang lain malah boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan negara sendiri?

Komen ini telah dibuat didalam Facebook group ‘Menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Muslim’ yang menyatakan bahawa kumpulan ini tidak sesekali mempergunakan isu ini demi kepentingan politik serta apa-apa jua, memerangi agama lain, menyerang rumah ibadat agama lain serta menjadikan saudara-saudari yang berbeza agama sebagai musuh!!.Kumpulan ini amat-amat menghina dengan perlakuan yang boleh memecahbelahkan umat islam, menghina bukan islam serta mendatangkan ketidakstabilan keselamatan Negara dan Rakyat Malaysia. Kewujudan kumpulan ini telah mengundang iri hati, membuat fitnah-fitnah yang jahat terhadap kumpulan ini dengan menuduh kumpulan kami ini mempunyai niat untuk menyampaikan propaganda oleh kerana terdapat beberapa ADMIN/PEGAWAI didalam kumpulan ini berlatarbelakangkan parti politik yang mereka tidak suka.




Click image to enlarge view



Antara Admin/Pegawai mereka ialah Dato Mukhriz Mahathir, Tun Faisal Ismail Aziz Aktivis & AJK Pemuda UMNO Malaysia, Shahqir Zulkifli Penasihat Belia Wilayah, Ai Fatihah Pegawai Undang-Undang Sivil, Azeeza Abdullah Aktivis, San Hass Pegawai, Zm Azami Pegawai, Pemuda Kuala Langat - UMNO, Puteri Umno Subang, Lokman Noor Bin Adam AJK Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda Umno Shah Alam, Puteri Umno Ssu, Umno Sepanggar, Pemuda Umno Tapah, Pemuda Umno Tepoh dan juga Pemuda Umno Seberang Takir.

Adakah kerana begitu ramai ahli UMNO yang terlibat bagi menjayakan Facebook group ‘Menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Muslim’ini pihak berkuasa takut untuk bertindak keatas Fadzil Muhammad itu?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails